Sunday, November 21, 2021

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

 Tarikh: 29 Oktober 2021

Hari: Jumaat

Masa: 7.30 - 9.00 pagi

Sasaran: Semua guru, kakitangan dan pelajar SMA Chuah

Anjuran: Panitia KBD

Penceramah: Ustaz Mohd Hanis bin Nasrudin

Pengerusi Majlis: Ustaz Muhammad Syuaib bin Sangkrah


RASIONAL
Setiap tahun umat islam menyambut hari kelahiran Nabi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah untuk pembangunan jiwa dan iman bagi mengenang jasa Rasul yang tidak tertanding ini. Ada yang menyambut dengan bacaan doa, solat hajat, bacaan ayat al-Quran seperti Yasin dan ada juga yang berarak membawa sepanduk seterusnya berselawat ke atas Baginda dengan tujuan memuliakan Rasul dan perjuangannya. Ini semua cuba diketengahkan bagi memberi mesej kepada seluruh umat islam bahawa kelahiran Nabi adalah satu kemuliaan agama Islam.
            Juteru itu, bagi menyambut seruan kasihkan Nabi membawa ke Syurga, Panitia Pendidikan KBD berusaha untuk mengadakan Sambutan Maulidurrasul pada tahun ini dengan hasrat mengemudi pelajar-pelajar kearah Cintakan Rasul junjungan mulia.

OBJEKTIF
i-              Menilai dan menghargai pengorbanan rasul junjungan dalam menyebarkan agama Islam.
ii-             Menanam sifat teladan sahsiah murid melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW
iii-            Melahirkan masyarakat berukhuwwah Islamiah dalam warga pendidik melalui konsep perpaduan ummah dan akhlak mulia
iv-           Melahirkan generasi yang menjulang martabat Rasulullah sebagai tauladan dan ikutan sepanjang zaman.
















No comments:

Post a Comment