Friday, July 22, 2011

Perjumpaan TIGA PENJURU

Tarikh: 16hb Julai 2011
Masa : 8.00 -12.00 tengah hari
Tempat: Dewan SMRA Chuah

Pada 16hb julai yang lalu, dengan izinNya telah berlangsung Majlis Tiga Penjuru iaitu Perjumpaan antara Guru, ibu bapa penjaga dan pelajar. Perjumpaan ini diadakan khasnya untuk membincangkan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar secara keseluruhannya. Ibu bapa penjaga, guru dan pelajar telah berkumpul terlebih dahulu di dalam dewan untuk ucapan alu-aluan dan pembentangan rasmi Guru-guru mengenai pencapaian pelajar. Pengetua SMRA Chuah En Mohd Zaki bin Mohd Yusof memulakan bicara dan seterusnya Guru Setiausaha Peperiksaan Pn Suhaidah Bt Hasnan mengambil alih tugas memaklumkan keputusan peperiksaan pelajar. Selain memaklumkan keputusan terkini pencapaian akademik semasa pelajar serta aktiviti yang dilaksanakan sepanjang penggal persekolahan yang pertama ini, Pn Suhaidah turut membincangkan hasil Soal Selidik yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling mengenai penggunaan internet dikalangan pelajar. Ibu bapa penjaga dimaklumkan secara terus mengenai bahaya penggunaan aplikasi internet yang tidak dikawal dang kecenderungan pelajar kepada aplikasi internet tertentu yang kurang bermanfaat terutama permainan online, Laman Sosial dan Chatting.












No comments:

Post a Comment