Saturday, July 2, 2011

Program Mukhayam Lughatul Arabiyah

TARIKH:  22HB-23HB APRIL 2011 (Jumaat dan Sabtu)
TEMPAT: SEK MEN REN AGAMA CHUAH
ANJURAN: PANITIA BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN ISLAM

Pada tarikh berikut, telah diadakan Program Perkhemahan Bahasa Arab di Sek Men Ren Agama Chuah selama 2 hari. Program ini tidak lain bertujuan mempertingkatkan kemahiran bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Program yang diadakan selama 2 hari satu malam itu mendapat sambutan baik daripada semua pelajar. Rata-rata menyatakan rasa seronok dan betapa mudahnya mengingat dan menghafal perkataan-perkataan bahasa Arab. Secara keseluruhannya, program perkhemahan bahasa arab ini, berjalan dengan baik dan mencapai objektifnya. Tahniah diucapkan kepada penganjur program iaitu Ustazah Norsiah binti Sulaiman dan Ustazah Soffiyah Binti Mohd Suhaimin. 






No comments:

Post a Comment