Tuesday, March 18, 2014

Majlis Pelancaran PROGRAM SUMUR 2014

Tarikh: 10 Mac 2014 (ISNIN)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan Sekolah


Idea asal Program SUMUR ialah daripada Y.Bhg. Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein – Menteri 
Pelajaran Malaysia. Telah dilancarkan oleh Y. Bhg.Timbalan Menteri Pelajaran pada 29 Oktober 2007 di 
SAMTanjong Karang Selangor. (Modul asal dibina oleh SMKA Maahad Muar Johor). 
Mesyuarat Pengurusan BPI Bil. 2/2010  telah memutuskan program SUMUR hendaklah dilaksanakan di 
semua SMKA dan SABK.

Matlamat Program SUMUR ialah Melahirkan murid :
1. Memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi;
2. Sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat;
3. Mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang;
4. Mempunyai ketahanan diri dan berusaha meningkatkan daya kepimpinan; dan
5. Mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.







No comments:

Post a Comment

MUTIARA KATA