Tuesday, January 22, 2019

Kejohanan Merentas Desa 2019

Tarikh    : 23 Januari 2019 (RABU)
Masa     : 8.00 – 10.30 pagi
Tempat  : Kampung Chuah

Anjuran: Unit Kokurikulum 
GPK Koko: Ustaz Ahmad Zulfakor Bin Darusa
SU Sukan: En Mohd Noorajla Bin Mohd Zain

Diakhir program ini murid dapat :
1.1 Melahirkan pelajar yang cergas dan berdisiplin
1.2 Memupuk semangat kerjasama antara rumah sukan
1.3 Menyemarakkan semangat bersukan

Johan Kategori Lelaki Bawah 18
Mohd Adli Bin Zaharul

Johan Kategori Perempuan Bawah 18 
Siti Aishah Bt Rozizain

Johan Kategori Lelaki Bawah 15
Mohd Nur Iman Bin Ramzi

Johan Kategori Perempuan Bawah 15
Nur Shaqilah Binti Sabirin

Kejohanan Merantas Desa Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah, Tahun 2019 berjalan dengan baik dan lancar.  Kehadiran murid ialah sebanyak 97.6 peratus iaitu 122 orang daripada 125 jumlah kesemua pelajar Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah. Tiga orang murid tidak hadir. Murid diberikan minuman air kotak dan roti sebelum memulakan larian. Murid juga telah ditaklimatkan mengenai keselamatan dan peraturan pertandingan.  Murid melakukan aktiviti regangan dengan bantuan Setiausaha Sukan sekolah iaitu En Mohd Noorajla Bin Mohd Zain.

Kebanyakan murid berjaya menamatkan larian dan berada dalam keadaan baik. Beberapa orang murid tidak dapat meneruskan larian kerana terlalu keletihan sehingga menjejaskan anggota badan mereka. (sakit kaki dan sakit perut). Cuaca juga dalam keadaan baik dan semua guru memberikan kerjasama yang sangat erat. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Catatan masa terpantas ialah 30 minit oleh murid tingkatan 3 iaitu Mohd Nur Iman Bin Ramzi dan 32 minit 16 saat bagi murid perempuan iaitu Nur Shaqilah. Kedua-duanya dari kategori bawah 15 tahun. Kesimpulannya melalui program ini murid dapat mengetahui stamina dan tahap kesihatan masing-masing. “Program Kejohanan Merentas Desa” membantu murid menyedari kepentingan melakukan senaman serta menjaga kesihatan tubuh badan.  










 



























































No comments:

Post a Comment