Sunday, July 3, 2011

Minggu Bahasa Melayu

TARIKH: 25HB - 29HB 2011

ANJURAN: PANITIA BAHASA MELAYU DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Pada tarikh berikut, telah berlangsungnya Minggu Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk mendidik pelajar bahawa "bahasa merupakan jiwa bangsa". Antara aktiviti yang diadakan sepanjang minggu tersebut ialah, Pertandingan Pidato, Pertandingan Perbahasan, Pertandingan Menulis Sajak dan Pertandingan Menulis Karangan. Semua aktiviti mendapat sambutan mengalakkan daripada pelajar-pelajar. Minggu Bahasa Melayu kali ini pula lebih meriah dan menarik meskipun diadakan serentak dengan Minggu Antidadah. Semua pelajar berasa teruja dengan aktiviti yang diadakan.










No comments:

Post a Comment