Saturday, October 26, 2019

Persatuan Pergerakan Puteri Islam Meredah Hutan

Tarikh: 25 Oktober 2019
Hari: Jumaat
Masa: 6.00 pagi- 7.00 malam
Tempat: Kem Pusako Hassan Basir, Jeram Tengkek dan Kampung Talang

Anjuran: Unit Kokurikulum SMRAC
GPK Kokurikulum: Ustaz Ahmad Zulfakor Bin Darusa
Kelolaan: Persatuan Pergerakan Puteri Islam
Setiausaha Kokurikulum: Pn Suria Bt Huszaini
Penyelaras Program: Pn Suria Bt Huszaini

Jadual Aktiviti:
6.00 pagi     Bertolak dari Sekolah
8.00 pagi     Tiba di Pusat Kokurikulum Hassan Basir
                    Senam Robik oleh Pn Suria Bt Huszaini
9.00 pagi     " Jungle Trekking" "Mengocak Ikan Semilang"
12.30 t/hari  Makan tengah hari di Jeram Tengkek
3.00 petang  Bertolak ke Makam Tuan Tulis dan Solat Jamak
5.30 petang  Bertolak pulang
7.00 malam Tiba di SMR Agama Chuah

Rumusan:
Barisan ahli jawatankuasa menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Semua murid berjaya melakukan ke semua aktiviti yang dirancang. Tiada kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku. Cuaca yang sangat baik memudahkan lagi perjalanan aktiviti. Aktiviti murid di Makam Tuan Tulis tidak dapat dilaksanakan tetapi ditangguhkan sebagai aktiviti kokurikulum  di sekolah. 

Murid mempraktikkan aktiviti senamrobik serta mempelajari kemahiran membaca peta dan menangkap ikan. Malahan murid juga mendapat pengetahuan secara langsung dari Ahli Jawatankuasa Kampung Kuala Talang mengenai Tokoh Agama terkenal Negeri Sembilan iaitu Allahyarham YM Tuan Tulis yang disemadikan di Kampung Kuala Talang.  












































PROGRAM "MY FUTURE LEADERS SCHOOL" DI KEM ULU SEPRI

Tarikh: 16 oktober  hingga 25 oktober 2019
Tempat: kem Ulu Sepri, Rembau

Anjuran: Kementerian Belia dan Sukan
Peserta: 7 orang murid tingkatan 3

Guru Pengiring:
1. Ustaz Muhammad Rijaluddin Bin Abd Manaf
2. En Mohd Azzly Bin Hj Ismail
3. En Muhammad Hamiddudin Bin Ismail

MFLS merupakan sebuah program baharu yang dibentuk untuk melahirkan pemimpin belia yang boleh menyumbang sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara serta berkeupayaan berperanan di peringkat antarabangsa disamping membentuk generasi belia yang lebih berwawasan dan tinggi nilai jati diri.

Selain itu, program MFLS ini juga dibentuk hasil daripada susulan idea YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad ketika dijemput menyampaikan ucaptama di Japan Future Leaders School pada 7 Ogos 2018 yang menyatakan - “semua negara termasuk Malaysia perlu mencontohi Kerajaan Jepun dengan mewujudkan sebuah entiti khusus bagi pembangunan kepimpinan dalam kalangan belia”.

Program baharu ini dirangka secara holistik dengan menggabungkan aktiviti ‘indoor’ dan ‘outdoor’ berimpak tinggi untuk menyerlahkan potensi anak muda sebagai rakan strategik dalam membangunkan negara. Pelaksanaan MFLS ini akan melibatkan kumpulan sasar utama belia berumur di antara 15 hingga 17 tahun dan terbahagi kepada tiga peringkat pelaksanaan (3 Tier) iaitu:

Peringkat Pertama (Tier 1)
Tier 1 bertujuan untuk mengenalpasti belia yang efektif dalam pengurusan diri berdasarkan elemen pencapaian akademik, kegiatan kokurikulum, sahsiah dan kecergasan fizikal. Peringkat ini akan dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan melibatkan pelajar berumur 15 hingga 17 tahun. Ia merupakan proses saringan untuk memilih peserta yang layak ke peringkat Tier 2.

Peringkat Kedua (Tier 2)
Tier 2 merupakan peringkat yang bertujuan membangunkan belia untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti dan masyarakat. Peringkat ini dilaksanakan menggunakan modul khusus bagi melahirkan pemimpin dalam kalangan belia yang mempunyai keupayaan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif , mahir berkomunikasi, mengamalkan nilai-nilai murni, serta mempunyai semangat kesukarelawanan. Pada peringkat ini peserta akan mengikuti program selama 10 hari melibatkan aktiviti indoor dan outdoor di kem-kem yang telah ditetapkan.

Peringkat Ketiga (Tier 3)
Tier 3 merupakan peringkat yang bertujuan melahirkan pemimpin belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara serta berkeupayaan berperanan ke peringkat antarabangsa. Pada peringkat ini perserta akan melalui pelbagai program di peringkat yang lebih tinggi mencakupi elemen kepimpinan, komunikasi, kenegaraan, pembinaan karakter, kesukarelawanan, keusahawanan dan pengantarabangsaan. Peserta daripada Tier 2 yang terpilih akan menyertai program di Tier 3 selama tempoh 7 bulan.

Selain dari itu, peserta yang layak ke Tier 3 akan mempunyai pemberat untuk kemasukan ke Universiti Awam, peruntukan biasiswa dan peluang berkhidmat di dalam sektor perkhidmatan awam.












Kursus Pengurusan Jenazah bersama Masjid Qariah Kg Chuah

Tarikh: 23 Oktober 2019
Hari: Rabu
Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Masjid Qariah Kampung Chuah

Anjuran: Masjid Qariah Kampung Chuah bersama AJK PIBG SMRAC & SK CHUAH
Penyelaras: Pn Sarimah Bt Samsudin (AJK PIBG SMRAC)
Peserta: Semua Murid Tingkatan 3 dan murid darjah 6 SK Chuah

Objektif program adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang pentingnya ilmu fardhu kifayah dan menambahkan ilmu pengetahuan peserta agar lebih bersedia dalam memberi khidmat terakhir kepada waris atau umat Islam sejurus kematian ahli keluarga.

Kursus ini bukan hanya melibatkan pengurusan jenazah semata–mata, malah penceramah juga mengambil kesempatan untuk menyentuh soal amalan-amalan bidaah dalam pengurusan jenazah. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut ialah ceramah tentang tanda-tanda kematian, adab terhadap orang yang telah meninggal dunia, memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, menyembahyangkan jenazah dan mengebumikan jenazah. Peserta-peserta yang terlibat turut ditekankan aspek praktikal terutama dalam mengkafankan jenazah dan seorang peserta turut terlibat menjadi model semasa praktikal mengkafankan jenazah.