Tuesday, April 13, 2010

Minggu Al-Khawarizmi

                
Tarikh         : 5-9 April 2010
Tempat       : Sekolah SMRA Chuah
Anjuran      : Panitia Sains & Matematik

                  Minggu Al-khawarizmi (Minggi sains dan matematik ) ini adalah satu program yang dirancang oleh Panitia Sains & matematik SMRA Chuah. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan minat dan peghayatan pelajar dalam mapelajaran sains & matematik.
                Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan pelajar-pelajar dengan tokoh-tokoh Islam dalam bidang sains & matematik serta jasa dan sumbangan mereka dalam bidang ini. Nama Al-Khawarizmi dipilih keranan sumbangan terbesar beliau merangkumi dua bidang iaitu Aljebra & Astronomi.

Dalam Minggu ni, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilakasanakan termasuklah
1) Pertandingan Kuiz Sains
2) Pertandingan Kuiz Matematik
3) pertandingan Sudut Sains
4) Crossword Puzzle
5) Jumble Trouble
6) Aktiviti Sains di mana-mana dan
7) Membuat ABM Matematik

Paparan sepanjang Minggu Al-Khawarizmi
Perasmian Minggu Al-Khawarizmi, Ketua Bidang Sains & Matematik, Pn Rozita mengiringi Pengetua, En. Mohd Zaki melakukan eksperimen pembukaan. Ekp. Tindakbalas antara Natrium Hidroksida dan asid Asenik.

Pn. Zuraida Mengiringi pengetua merasmikan banner Minggu Al-Khawarizmi

Iklan dan Banner program

Pn. Rozita memberikan taklimat sebelum memulakan Pertandingan Kuiz Sains

Kuiz Sains dan Jumble Trouble dijalankan di dewan SMRA Chuah

Guru yang mengendalikan Kuiz Matematik

Pelajar yang mengambil bahagian

Pelajar lain memberikan sokongan kepada peserta

Sebahagian daripada ABM pelajar

Sudut sains kumpulan pelajar tingkatan 1,2 & 3

Aktiviti Sains di mana-mana

majlis penutupan minggu Al-Khawarizmi

Majlis penyampaian hadiah kepada pelajar

Dengan berakhirnya majlis penutupan dan penyampaian hadiah, berakhirlah minggu Al-Khawarizmi, tahniah kepada panitia Sains & Matematik yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.Jutaan terima kasih kepada guru-guru dan pelajar yang memberikan kerjasama.

No comments:

Post a Comment