Monday, August 6, 2018

Perjumpaan Mentor Mentee

Tarikh: 3 Ogos 2018
Tempat: Kelas/ Kantin
Masa: 8.00 - 8.30 pagi
Hari: Jumaat

Anjuran: Unit HEM
KElolaan: Unit Bimbingan dan Kaunseling
GPK HEM: Ustazah Norizan Bt Mohd Kalam
Guru Penyeleras: Pn Jamilah Bt Yahaya (GBK)
Sasaran: Semua Murid SMR Agama Chuah

Rasional

1. Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkanpencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor

2. Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.


Objektif
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;

1       Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee.

2       Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.

3       Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.




















No comments:

Post a Comment