Friday, April 8, 2011

MTAQ Peringkat Daerah Port Dickson








Pada 26hb Mac 2011 yang lalu, telah berlangsung Pertandingan MTAQ Peringkat Daerah Port Dickson yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Yam Tuan Raden, Lukut. Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah telah menghantar pesert untuk mewakili sekolah dalam acara Syarahan Spontan, Tilawah AL-Quran, Hafazan AL-Quran dan Tulisan Khat. Adik Nur Syazwani Binti Ahmad Yusaini  dan Aiman Bin Khairuddin berjaya merebut temapt ketiga dalam Pertandingan Tialwah Al-Quran. Syabas dan tahniah diucapkan. Meskipun peserta lain tidak berjaya mendapat sebarang tempat, daya usaha dan keberanian untuk kehadapan mewakili sekolah tetap dipuji. Diahrapkan usaha dan keberanian tersebut menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain. 

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-3

Dipengerusikan Oleh Tuan Haji Ismail Bin Harun, Mesyuarat berlangsung di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah. Agenda mesyuarat antaranya membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agong kali ke-2, membentang dan mengesahkan penyata kewangan 2010,  membahaskan usul-usul, Pembubaran AJK PIBG sesi 2010 dan Perlantikan AJK PIBG yang baru atau cadangan serta hal-hal lain. Seperti biasa mesyuarat dimulakan dengan pendaftaran, kemudian bacaan Doa oleh Ustaz Nadzmi, seterusnya ucapan Pengetua SMRA Chuah, En Mohd Zaki bin Mohd Yusof dan Mesyuarat pun dimulakan oleh Tuan Haji Ismail Bin Harun.

Pemberian Cenderamata kepada AJK tahun lepas 

Barisan AJK PIBG dan ibu bapa yang hadir

Sunday, April 3, 2011

Minggu Al-Khawarizmi

Pada 21hb hingga 25hb Mac yang lalu berlangsungnya minggu Al-Khawarizmi iaitu minggu Sains dan Matematik Sek Men Ren Agama Chuah. Seperti tahun lepas, acara yang tidak asing lagi ialah Pertandingan Sudut Sains dan  Matematik dimana semua pelajar sibuk dan bertungkus lumus menghias kelas malah mencari bahan-bahan akademik sebanyak yang mungkin untuk dipaparkan di kelas masing-masing. Gelaran juara Kelas Terbaik memaparkan Sudut Sains dan Matematik jatuh kepada tingkatan 1. Tahniah diucapkan kepada pelajar tingkatan satu Al-Farabi serta Guru Kelas Mereka Pn Suhaidah bt Hasnan.



tingkatan 1

Tingkatan 2

Tingkatan 3

Hakim yang sangat pening membuat keputusan kerana ketiga-tiga kelas sangat cantik dan berinformasi.

Perkhemahan KRS Peringkat Sekolah

Pada 10hb dan 11hb Mac 2011 telah berlangsung dengan jayanya, Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah di Sek Men Ren Agama Chuah. Pelajar-pelajar secara keseluruhannya mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dijalankan. Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan Alhamdulillah segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan baik sekali. Berikut merupakan aksi-aksi yang sempat dirakamkan sewaktu aktiviti dijalankan dengan diketuai oleh KEM Komanden kami ialah Cikgu Mokhter bin Harun








MTAQ Peringkat Sekolah

Pada 24hb dan 25hb feb telah berlangsung pertandingan MTAQ peringkat sekolah . Pelbagai acara telah berlangsung untuk memberi peluang kepada pelajar menonjolkan bakat terpendam masing-masing seterusnya mewakili sekolah keperingkat daerah. Acara yang dipertandingkan ialah Syarahan, Pertandingan Nasyid, Pertandingan Menulis Khat dan Pertandingan Bercerita.







Pemenang Bagi Pertandingan MTAQ Peringkat Sekolah ialah:

1) Syarahan Agama: 1) Ili amirah Bt Mohd Zaki
                                2) Nur Aqillah Bt Zulkepli
                                3) Nur Adlina Aqilah Bt Mohd Suimi
                                4) Mohd Aliff Amirul b Jafri

2) Bercerita Kisah Nabi: 1) Nur Syafinah Bt Adnan
                                      2) Saidatul Nabilah Bt Mohd Saufi
                                      3) Nursyifaa Syahirah

3) Khat JAwi: 1) Siti Hajar Bt  Ahmad Fauzi
                      2) Syufiana Hanim Bt  Abdullah
                      3) Mohd Saifol Rafiq Bt M Zaidi

4) NAsyid : 1) Kumpulan  Tingkatan 2
                   2) Kumpulan Al-Hidayah
                   3) Kumpulan AL-Iman

Pemenang-pemenang MTAQ

Penghargaan kepada guru-guru yang terlibat menjayakan MTAQ
                        
Syabas dan Tahniah Diucapkan Kepada Semua Peserta dan Pemenang!