Wednesday, July 23, 2014

Majlis Iftar Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah

Tarikh: 23 julai 2014 bersamaan 25 ramadhan 1435 h
Hari: Rabu
Tempat: Masjid Kg Chuah dan Dewan Sekolah
Jemputan: Ustaz Hairon bin Zainal Abidin ( Ketua Unit Kawalan Akidah dan Pemikiran ) Bahagian Pendidikan Islam, Darmadi Bin Zulkifly, Penolong Pengarah, Pengurusan Akademik.
Majlis bermula pada pukul 6.30 petang dengan ucapan tetamu jemputan. Pada pukul 6.30 petang, majlis diteruskan dengan Ceramah Ramadhan oleh Ustaz Hairon bin Zainal Abidin.  Tepat pada pukul 7.27 malam Azan Maghrib menandakan jemaah yang hadir boleh berbuka dengan hidangan buah tamar dan air minuman. Selepas itu jemaah mendirikan Solat Maghrib dan kemudian  jemaah dipersilakan untuk menjamah jamuan yang dihidangkan. Makanan untuk jamuan berbuka puasa itu dihidangkan oleh guru-guru & serta dibantu oleh murid-murid.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan penderma di atas sumbangan yang dihulurkan dalam Tabung Ihya' Ramadhan Sek Men Ren Agama Chuah ini. Semoga Allah Taala memberkati segala amalan yang tuan/puan kerjakan itu, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa kerja yang terlibat bagi menyediakan makanan dan kelancaran majlis pada hari itu.
Salam Syawal Al-Mubarak,
تقبل الله منا ومنكم تقبل يا كريم
كل عام و انتم بخير                           

























No comments:

Post a Comment