Sunday, May 16, 2010

bengkel Cemerlang Sains

                   Panitia Sains & Matematik SMRA Chuah telah mengadakan Bengkel Kemerlangan Sains.
program ini dikhaskan kepada pelajar tingkatan 3, sebagai persiapan menjelang PMR, tetapi pelajar yang terpilih dari tingkatan 2 dan 1 juga turut berpeluang menghadiri program tersebut bagi menambahkan kefahaman mereka dalam mata pelajaran sains.
                  Penceramah jemputan program ini adalah Ketua Panitia Sains SMK Bukit Saujana, Guru Cemerlang Puan Radziah Bt Mohd Yamin.

Program berlangsung melalui ketetapan berikut

Tarikh     :  15 Mei 2010
Masa      : 7.40 pg - 12.30 tghr
Tempat   : Dewan SMRA Chuah
Anjuran   : Panitia Sains & Matematik

Guru yang menjayakan program
Pn Rozita, Pn Khamisah Asura, Pn Zuraida, Cik Rahmatia & En Nadzmi

Paparan Aktiviti

penceramah jemputan Pn Radziah bt Mohd yamin


Pelajar duduk dalam kumpulan untuk memudahkan proses perbincangan dan perbentangan


Eksperment ketumpatan yang dijalankan semasa program bagi memudahkan pelajar menjawab & memahami soalan dalam topik ketumpatan


Aktiviti perbincangan dilakukan oleh setiap kumpulan selesai sahaja membincangkan satu-satu topik


Puan Rozita memberi pemahaman kepada pelajar mengenai kehendak soalan

Pn Zuraida dan juga En Nadzmi juga memainkan peranan yang sama


Cik Rahmatia juga bertindak sebagai Fasilitator bersama-sama Puan Rozita, Pn Zuraida & En Nazdmi dalam program tersebut


Pukul 9.30 pagi, pelajar diberikan rehat selama 20 minit untuk minum pagi sebelum program disambung semula.


Kumpulan pelajar perempuan tingkatan 3 membuat perbincangan dalam kumpulan


Alhamdulillah, program berjalan dengan begitu lancar


Puan Khamisah Asura diiringi Puan Rozita menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan


Program berjalan dengan lancar, harapan guru panitia sains adalah semoga pelajar dapat mengambil & memanfaatkan ilmu yang diperolehi melalui program ini.

No comments:

Post a Comment