Wednesday, April 25, 2018

Latihan Memadam Kebakaran dan Latihan Pengungsian Bangunan

Tarikh: 25 April 2018 (rabu)
Masa: 9.00 - 11.00 pagi
Tempat: SMR Agama Chuah

Anjuran: Unit Hal Ehwal Murid (3K)
GPK HEM: Pn Norizan Bt Mohd Kalam
Setiausaha: Pn Norizan Bt Ghazali:

Tetamu: Jabatan Bomba dan Penyelamat, Port Dickson

Matlamat program ini iaitu; 
a) Mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi bahaya kebakaran.
b) Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan/kebakaran berlaku di sekolah.
c) Menjalin hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.

 Objektif 
a) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan
b) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran
c) Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi keselamatan yang lain. d) Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.




























Program Daurah Ilmiah perjumpaan 1

Tarikh: 20 April 2018 (jumaat)
Masa: 12.00 tengah hari -1.00 petang
Tempat: Dewan SMR Agama Chuah

Sasaran: semua murid perempuan SMR Agama Chuah








Project Based Learning Showcase di SMK Kg Baru Si Rusa

Tarikh: 18 april 2018 (rabu)
Tempat: SMK KG Baru Si Rusa
Peserta: Tingkatan Satu

Anjuran: PPD Port Dickson
Guru Pembimbing: Pn Norsafinas Bt Abu Sirin, En Mohd Hamiddudin Bin Ismail

Objektif: 
1. Meningkatkan penguasaan murid dalam subjek matematik
2. Meningkatkan kemahiran komunikasi murid 
3. Menyerlahkan bakat kepimpinan dan kemenjadian murid 





Perjumpaan Mentor Mentee kali 4

Tarikh: 20 April 2018 (Jumaat)
Masa: 8.00- 8.30 pagi
Tempat: Kelas dan Masjid

Anjuran: Unit bimbingan dan Kaunseling
Penyelaras: Pn Jamilah Bt Yahaya

Objektif: Objektif utama Program Mentor Mentee ialah mengukuhkan hubungan guru dan murid serta menjadikan perjumpaan mentor mentee sebagai medium berkongsi idea, pandangan serta masalah murid.






Ceramah Penyakit Berjangkit

Tarikh: 18 April 2018 (rabu)
Tempat: Dewan SMR Agama Chuah
Anjuran: Unit Kesihatan dengan Kerjasama Unit Kokurikulum

GPK HEM: Pn Norizan Bt Mohd Kalam
GPK Kokurikulum: En ahmad Zulfakhor Bin Darusa
Guru Kesihatan: Pn Norsafinas Bt Abu Sirin
Penceramah: Dr. Suguna dari Klinik Kesihatan Bukit Pelandok

Sasaran: Semua pelajar dan guru

Objektif: Pada akhir aktiviti semua murid mendapat pengetahuan dan maklumat mengani jenis-jenis penyakit berjangkit serta kaedah pencegahan.

Aktiviti: Dr Suguna memberi penerangan beserta contoh-contoh penyakit berjangkit. Murid-murid berpeluang merebut hadiah atau saguhati dari Dr. Suguna jika berjaya menjawab soalan yang diberikan pada akhir penerangan beliau. Dr Suguna juga turut berkongsi pengalaman mengendalikan penyakit STD yang melibatkan pesakit bawah umur. Perkongsian oleh Dr. Suguna telah dijadikan Latihan Dalam Perkhidmatan buat guru-guru SMR Agama Chuah.










Anugerah Nilam Sesi Jan-Mac 2018

Tarikh: 23 April 2018 (Isnin)
Tempat: Dataran Perhimpunan
Masa: 8.00 pagi

Anjuran: Unit Perpustakaan (NILAM)
Penyelaras: Ustazah Norhaslinda Bt Mohd Ridzuan
Objektif: Mengalakkan inisiatif membaca dalam kalangan murid