Tuesday, April 27, 2010

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Istana Seri Menanti & Muzium Negeri Taman Seni Budaya

Lawatan dianjurkan dalam ketetapan berikut.
Tarikh    :   8 April 2010 (Khamis)
Masa     :   8.30 am - 6.00 pm
Tempat  :   Istana Seri Menanti & Muzium Negeri Seni Budaya
Pelajar   :   24 orang (pelajar tingkatan 1,2 & 3)
Guru      :   4 Orang

Paparan sekitar lawatan

Gambar kenangan di meja santapan Muzium Istana Seri Menanti

Sesi taklimat oleh pihak muzium sebelum memulakan lawatan ke sekeliling Muzium

Keempat-empat guru pengiring yang terlibat dalam lawatan

Sebahagian pelajar perempuan serta guru merakamkan gambar kenangan

Pelajar dan guru yang terlibat


Muzium Negeri Taman Seni

Menyampaikan cenderahari kepada pihak muzium

Sedikit catatan sejarah pada dinding muzium

Monday, April 26, 2010

Ceramah & Pameran Anti Dadah

Pada 26hb April yang lalu, berlangsung satu Program Anti Dadah "jangan cuba, nanti hidupmu musnah" anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program bermula seawal 2.30 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang. Pihak sekolah telah menjemput En Mohd Salim Bin Puteh selaku Penolong Pegawai Unit Pencegahan Dadah di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk menyampaikan maklumat serta bimbingan berguna mengenai penyalahgunaan dadah. Selain itu, turut serta memberikan kerjasama bagi menjayakan program ialah Penolong Pegawai, Agensi Anti dadah Kebangsaan Cawangan Port Dickson iaitu En Lokman bin Baharuddin.





Penceramah jemputan, Penolong pegawai Pencegahan dadah JPNS

salah satu slide yang ditunjukkan dalam ceramah

Klip penderitaan seorang ibu melahirkan anaknya

Selesainya ceramah Antidadah, bersedia untuk acara berikutnya

Pengetua menyampaikan cenderahati buat penceramah undangan hari ini

Cenderahati juga diserahkan kepada pegawai pameran daripada Jabatan Anti Dadah Port Dickson, En Lokman


Pelajar mendengar penerangan mengenai jenis-jenis dadah

Jenis-jenis dadah yang terdiri daripada pelbagai bentuk serta kandungan tersendiri

Thursday, April 22, 2010

Kawad Kaki KRS



         Pada bulan Mac baru-baru ini, pihak sekolah telah menjemput jurulatih kawad kaki dari Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Depot Askar Melayu Diraja Sirusa. Program ini melibatkan semua pelajar SMRA Chuah. tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik kawad kaki KRS yang betul melalui jurulatih yang berpengalaman.
        Atas dasar keprihatinan pihak sekolah mengenai perkara ini, Semua guru mengharapkan agar pelajar dapat memanfaat peluang yang berharga ini.
        Jutaan terima kasih kepada jurulatih yang berbesar hati hadir menerima jemputan pihak sekolah, juga sekalung tahniah buat semua guru yang terlibat.

Info aktiviti
Tarikh  :   3, 10 dan 22 Mac 2010
Masa   : 8.30 - 9.30  pagi (Waktu Kokurikulum)
Tempat : Padang SK Chuah

Pelajar bersama jurulatih undangan memulakan latihan seawal 8.30 pagi

Jurulatih menerangkan cara melakukan gerakan yang betul

Kumpulan pelatih/pelajar perempuan

Pelajar menjalani latihan dan diperhatikan oleh guru-guru

Berdiri tegak semasa berada dalam keadaan sedia

latihan pada sesi berikutnya

Semua guru juga turun padang untuk sama-sama melihat latihan Kawad Kaki dikendalikankan oleh jurulatih

Wednesday, April 21, 2010

KRS- Membuat Bunga Daripada Kertas Warna

Lagi aktiviti KRS, kali ini pelajar dikehendaki membuat bunga yang diperbuat daripada kertas. Semua pelajar telah mengambil bahagian dan telah berusaha untuk menunjukkan kekreativitian masing-masing.  Berikut merupakan info aktiviti.
Tarikh  :  21 April 2010
Masa   :  1.50 - 3.20 P.M (Waktu Kokurikulum)
Tempat : Kantin SMRA Chuah

Sedikit paparan aktiviti


Inilah sebahagian dari hasil kerja pelajar
pelajar melipat bunga secara berkumpulan
Pn. Rozita menyusun bunga yang telah siap, hasil tangan pelajar
Pn Rozita & Pn. Suhaidah
Alamak! sory kak, tertangkap gambar tido plak.
Aiman, Nasir, Najib & Hafy
gelagat: Riduwan dengan gayanya yang pelbagai

Monday, April 19, 2010

KRS- Aktiviti Memasak




          Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk memasak @ menyediakan makanan menggunakan sumber alam dengan bahan yang cukup terhad. Dengan adanya ilmu serta pengalaman ini, dapat melatih pelajar untuk menempuhi keadaan darurat seperti berada di dalam hutan, tersesat dan sebagainya.
Bahan yang digunakan adalah tepung, sedikit garam, air dan juga kayu kering. Aktiviti dijalankan petang tadi iaitu
Tarikh   : 10 April 2010 (Isnin)
Tempat : Sekitar SMR Agama Chuah

Paparan sepanjang aktiviti




.
Pelajar diagihkan megikut kumpulan, dalam keadaan ini pelajar berbincang memilih tempat memasak masing-masing
Pelajar bekerjasama menyediakan resepi tersendiri membuat kuih tepung
Masing-masing memainkan peranan, ada yang bekerja ada juga yang memerhati hehe
pelajar perempuan dengan gayanya
Ustazah Zuraidah menerangkan cara melilit tepung pada kayu pembakar
pengetua tidak melepaskan peluang menunjukkan bakatnya
Semangat yang berkobar-kobar hehe
Macam-macam gaya ada
Kesukaran menyalakan api amat dirasai
Api yang berjaya dinyalakan
Roti tepung yang hampir siap..