Wednesday, July 23, 2014

Majlis Khatam Al-Quran 2014

Tarikh: 24 Julai 2014
Masa: 8.00- 10.00 pagi
Tempat: Masjid Kg chuah


















Majlis Iftar Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah

Tarikh: 23 julai 2014 bersamaan 25 ramadhan 1435 h
Hari: Rabu
Tempat: Masjid Kg Chuah dan Dewan Sekolah
Jemputan: Ustaz Hairon bin Zainal Abidin ( Ketua Unit Kawalan Akidah dan Pemikiran ) Bahagian Pendidikan Islam, Darmadi Bin Zulkifly, Penolong Pengarah, Pengurusan Akademik.
Majlis bermula pada pukul 6.30 petang dengan ucapan tetamu jemputan. Pada pukul 6.30 petang, majlis diteruskan dengan Ceramah Ramadhan oleh Ustaz Hairon bin Zainal Abidin.  Tepat pada pukul 7.27 malam Azan Maghrib menandakan jemaah yang hadir boleh berbuka dengan hidangan buah tamar dan air minuman. Selepas itu jemaah mendirikan Solat Maghrib dan kemudian  jemaah dipersilakan untuk menjamah jamuan yang dihidangkan. Makanan untuk jamuan berbuka puasa itu dihidangkan oleh guru-guru & serta dibantu oleh murid-murid.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan penderma di atas sumbangan yang dihulurkan dalam Tabung Ihya' Ramadhan Sek Men Ren Agama Chuah ini. Semoga Allah Taala memberkati segala amalan yang tuan/puan kerjakan itu, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa kerja yang terlibat bagi menyediakan makanan dan kelancaran majlis pada hari itu.
Salam Syawal Al-Mubarak,
تقبل الله منا ومنكم تقبل يا كريم
كل عام و انتم بخير                           

























Program Kecemerlangan Akademik: Bahasa Arab

Tarikh: 23 Julai 2014
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Hari: Rabu
Tempat: Dewan SMR Agama Chuah

Penceramah/ Pengajar: Diketuai Ustaz Zulkarnain bin Itam bersama 4 orang fasilitator

Objektif: Memastikan sekolah agama dapat menghasilkan para pelajar yang cemerlang dalam penguasaan bahasa arab bukan sahaja untuk peperiksaan tetapi untuk agama Islam sendiri.

Tujuan:
1.1 Untuk meningkatkan peratus kelulusan dalam keputusan peperiksaan yang menggantikan PBS dan PT3 2014
1.2 Untuk menjadikan Bahasa Arab Sebagai identiti para pelajar sekolah agama
1.3 Untuk mendedahkan para pelajar kepada penggunaan Bahasa Arab sebagai bahasa harian
1.4 Untuk melahirkan para pelajar yang mempunyai kemahiran dan keyakinan yang tinggi
1.5 Untuk membolehkan para pelajar menguasai kemahiran menulis dalam Bahasa Arab

Sasaran:
1. Semua pelaajr tingkatan 1, 2 dan 3






Program Ihtikaf 2014

Tarikh: 18,19, 20 Julai 2014
Masa: 3 Hari 2 malam
Peserta: 40 orang pelajar lelaki

Penceramah :
1. Ustaz Hamdan Bin Kasim
2. En Nadzmi Ikram bin Muhammad
3. En Abd Idzehan Bin Ilias

Program Negeri Sembilan Beriktikaf atau dahulunya dikenali sebagai ‘Iktikaf Perdana’ merupakan sebuah program penghayatan Ramadhan yang dimulakan sejak 2009 semakin mendapat perhatian masyarakat Islam di negeri untuk menyertainya. Program yang dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) ini melibatkan 2,026 orang peserta yang terdiri daripada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Pertubuhan Dakwah Negeri Sembilan, guru-guru bertugas serta Ahli Jawatankuasa dan Kariah Masjid.










MUTIARA KATA