SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Pada peringkat awal, penubuhan sekolah ini adalah untuk memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak penduduk kampung Chuah dan kawasan sekitarnya. Penubuhan awal sekolah diterajui oleh jawatankuasa Masjid Kampung Chuah iaitu Tuan Haji Mohd Said Bin Haji Abdul Kasim.

Sekolah ini ditubuhkan pada 03.05.1959 yang terletak di dalam kawasan Masjid Kampung Chuah berkeluasan kira-kira 2 ekar. Dikenali sebagai Sekolah Ugama Menengah Rendah Chuah (SUMRA Chuah).

Pada asalnya para pelajar menggunakan bangunan masjid kampung Chuah untuk belajar. Bilangan pelajar pada ketika itu ialah seramai 30 orang sahaja dan seorang guru iaitu Tuan Haji Harun Bin Haji Lasim. Kebanyyak pelajar pada ketika itu terdiri  daripada penduduk sekitar kampung Chuah  iaitu Kampung Sawah, Bukit  Pelanduk, Kampung Pachitan, Kampung Bukit Melintang, Kampung Janging, Kampung Kuala Lukut dan lain-lain lagi.

Kemudian bangunan baru dibina pada tahun 1977 oleh pendudukan setempat dan telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Port Dickson iaitu En Shahdan Bn Abdul Manas pada 23 November bersamaan 12 Zulhijjah 1397 Hijrah. Penghujung Oktober 1997 sekolah telah mendapat kebenaran menyambung bangunan baru untuk bilik pengetua dan juga bilik pusat sumber.

Bangunan baru tersebut telah mula digunakan pada sesi persekolahan januari 1998 di bawah pentadbiran Tuan Haji Hashim bin Gatot.  Sekolah pada waktu itu memiliki tiga buah bilik darjah yang menempatkan kelas  tingkatan 1, 2 dan 3, sebuah bilik guru, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik pengetua, pejabta dan sebuah bilik serbaguna (Stor, KHB dan Kantin). Selain itu, sekolah juga dilengkapi penghawa dingin untuk perpustakaan, bilik guru, pejabat dan bilik pengetua. Kini sekolah juga memilik tiga buah kabin, satu bilik stor sukan, bilik kaunseling, bilik guru penolong kanan dan satu bilik ketua bidang.

Pada tahun 2008, sekolah telah menyambut tawaran Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalan satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah - sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan pada tahun 2002 oleh Menteri Pelajaran dan dicadangkan semula oleh Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.

Bilangan murid yang semakin bertambah membuatkan penduduk sekitar bersama PIBG dan  Ahli Lembaga Tadbir Sekolah mengusahakan agar pembinaan bangunan baru Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah dapat direalisasikan. Akhirnya pada 5 April 2018, Majlis Pecah Tanah SMR Agama Chuah dapat dijayakan sebagai tanda pembinaan bangunan baru akan dilaksanakan.  Bangunan baru Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah dijangka siap pada tahun 2020.








No comments:

Post a Comment