Monday, April 26, 2010

Ceramah & Pameran Anti Dadah

Pada 26hb April yang lalu, berlangsung satu Program Anti Dadah "jangan cuba, nanti hidupmu musnah" anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program bermula seawal 2.30 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang. Pihak sekolah telah menjemput En Mohd Salim Bin Puteh selaku Penolong Pegawai Unit Pencegahan Dadah di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk menyampaikan maklumat serta bimbingan berguna mengenai penyalahgunaan dadah. Selain itu, turut serta memberikan kerjasama bagi menjayakan program ialah Penolong Pegawai, Agensi Anti dadah Kebangsaan Cawangan Port Dickson iaitu En Lokman bin Baharuddin.





Penceramah jemputan, Penolong pegawai Pencegahan dadah JPNS

salah satu slide yang ditunjukkan dalam ceramah

Klip penderitaan seorang ibu melahirkan anaknya

Selesainya ceramah Antidadah, bersedia untuk acara berikutnya

Pengetua menyampaikan cenderahati buat penceramah undangan hari ini

Cenderahati juga diserahkan kepada pegawai pameran daripada Jabatan Anti Dadah Port Dickson, En Lokman


Pelajar mendengar penerangan mengenai jenis-jenis dadah

Jenis-jenis dadah yang terdiri daripada pelbagai bentuk serta kandungan tersendiri

No comments:

Post a Comment