Monday, August 31, 2020

PROGRAM MENTOR MENTEE PERJUMPAAN 3

TARIKH: 1 SEPTEMBER 2020
HARI: SELASA
MASA: 7.30 PAGI HINGGA 8.00 PAGI
TEMPAT: KELAS 

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
GPK HEM: USTAZAH NORIZAN BT MOHAMED KALAM
PENYELARAS: PN JAMILAH BINTI YAHAYA

1 Sina : En Mohd Azzly bin Hj Ismail
1 Khaldun: Ustazah Nurul Izni bin Md Amin
2 Sina: En Muhammad Hamiddudin bin Ismail
2 Khaldun: Ustaz Muhammad Fazli bin Hassan
3 Sina: Ustaz Muhammad  Rijaluddin bin Abd Manaf
3 Khaldun: En Mohd Noorajla bin Mohd Zain
4 Sina: En Rasis bin Jalil
5 Sina : Pn Jamilah : Bimbingan Kerjaya



SLOT MOTIVASI PAGI BULAN OGOS

SLOT MOTIVASI 5 MINIT BULAN OGOS TAHUN 2020

SASARAN: SEMUA PELAJAR
TARIKH: SETIAP HARI, PADA WAKTU PAGI
MASA: 5 MINIT SAHAJA SEBELUM MEMULAKAN PDPC
PERSONALIA: GURU MATAPELAJARAN MASA PERTAMA

ANJURAN: UNIT HEM
KELOLAAN: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING






 

BULAN OGOS

BIL

TARIKH

TEMA : HARGAI KEAMANAN DAN KEMAKMURAN NEGARA

 

Keamanan dan kemakmuran negara hari ini adalah hasil perjuangan tokoh terdahulu. Maka hargainya, pastikan ilmu penuh didada agar kelak menjadi pemimpin berwibawa yang tidak kekok mempertahankan agama, bangsa dan negara.

 

1

5 OGOS

RABU

HAJI MAT HASSAN PANGLIMA MAT MUNAS ATAU TOK JANGGUT

HARGAI PENGORBANAN ULAMA TERUSKAN PERJUANGAN

 

Di Kelantan, Haji Mat Hassan Panglima Mat Munas atau Tok Janggut kerana janggutnya sampai paras dada adalah ulama memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu susulan campur tangan British di Kelantan menerusi Perjanjian Bangkok pada 1909.

Kemuncak penentangan bermula apabila masyarakat tempatan tidak berpuas hati dengan dasar British yang mengenakan cukai selain terkesan dengan jihad untuk mengembalikan khilafah Uthmaniyah di bawah pengaruh British di Turki.

Dikatakan pada 24 Mei 1915, Tok Janggut bersama kira-kira 1,000 pengikut menyerang kedudukan British di Pasir Puteh, namun beliau terkorban bersama Tok Abas dan Tok Hussein serta beberapa pengikut.

Jenazahnya dibawa ke Kota Bharu dan digantung beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka) oleh British sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Haji_Hassan_bin_Panglima_Mat_Munas

 

 

 

2

6 OGOS KHAMIS

MUHAMMAD YUSUF BIN AHMAD ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI TOK KENALI

 

Tokoh ulama Kelantan tersohor lain ialah Tok Kenali atau Haji Muhammad Yusof Ahmad juga terbabit secara tidak langsung dalam membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.

Beliau lahir daripada keluarga petani di Kampung Kubang Krian, antara 1868-1870 Masihi. Walaupun tidak mengangkat senjata menentang penjajah British, beliau sebagai Tok Guru berjaya meniup semangat jihad dan perjuangan demi mempertahankan agama dan bangsa.

Ia disebarkan menerusi penulisan dalam Majalah Pengasuh dan Majalah al-Hikmah selain berjaya mendidik ramai tokoh ulama dan ilmuan Islam yang bertebaran di seluruh tanah air.

http://pengajian-malaysia-2014.blogspot.com/p/tok-kenali.html

 

3

7 OGOS JUMAAT

TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG 

 

Di Terengganu pula, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong adalah tokoh ulama tersohor yang terbabit secara langsung dalam gerakan menentang penjajahan British apabila Penasihat British di Terengganu mengenakan pelbagai cukai menindas rakyat.

Tindakan British menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat dan seterusnya mencetuskan kebangkitan menentang British pada 1919. Akibatnya, Abdul Rahman dibuang negeri ke Makkah dan meninggal dunia di Tanah Suci.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdur_Rahman_bin_Abdul_Hamid

 

4

10 OGOS ISNIN

TOK GURU HAJI ABAS ATAU NAMA SEBENARNYA HAJI ABAS MUHAMMAD

 

http://tikimambang.blogspot.com/2016/06/tok-guru-haji-abas-guru-agama-dan_27.html

 

Tok Guru Haji Abas atau nama sebenarnya Haji Abas Muhammad juga alim dalam ilmu agama, memainkan peranan besar dalam pendidikan Islam di Terengganu.

Beliau turut bertanggungjawab menyebarluaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jemaah di masjid dan pondok-pondok selain membahaskan persoalan cabang yang cuba ditimbulkan oleh golongan muda.

Walaupun tidak terbabit mengangkat senjata, peranannya dalam melindungi pejuang yang hendak di buang negeri ke Burma oleh British selain menentang kemasukan imigran Cina adalah sumbangan besar dalam mempertahankan tanah air daripada diceroboh musuh dan diperkotak-katikkan oleh Barat.

5

11 OGOS

SELASA

TOK KU PALOH ATAU SAYID ABDUL RAHMAN MUHAMMAD AL-IDRUS

 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Saiyid_Abdur_Rahman_bin_Saiyid_Muhammad_al-Aidrus

 

Nama Tok Ku Paloh atau Sayid Abdul Rahman Muhammad al-Idrus juga tidak asing dalam sejarah penentangan British di Tanah Melayu. Beliau mendapat pendidikan agama daripada ayahnya, Tok Ku Tuan Besar dan melanjutkan pelajaran di Makkah. Beliau mendirikan pondok di Kampung Paloh yang menarik ramai pelajar dari kawasan sekitar, Pahang dan Kelantan. Pembabitan Tok Ku Paloh dalam meniup semangat jihad dan perjuangan dapat dilihat dalam Pemberontakan Pahang.

Ketika itu, orang Melayu di bawah pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur dan hampir menyerah diri setelah menghadapi serangan British. Di samping itu, Tok Ku Paloh memberi bantuan seramai 200 orang dari Terengganu dan Kelantan untuk menggempur kedudukan British hingga berjaya menawan kubu British di Jeram Ampai, Pahang.

Beliau dikatakan mempunyai karamah terutama apabila rundingan dengan British di atas kapal terpaksa ditangguhkan kerana kapal itu senget setiap kali To ku Paloh menyengetkan serbannya. Dikatakan juga, British berundur dalam suatu pertempuran di Terengganu selepas melihat ribuan pahlawan lengkap bersenjata bersedia menyerang kapal mereka. Tok Ku Paloh meninggal pada usia 100 tahun, namun jasa dan perjuangannya tetap dikenang hingga kini

 

6

12 OGOS RABU

KIYAI HAJI SALLEH ATAU HAJI MOHD SALLEH ABDUL KARIM

 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Salleh_bin_Abdul_Karim

 

Di Batu Pahat, Johor, nama Kiyai Haji Salleh atau Haji Mohd Salleh Abdul Karim sangat terkenal. Dilahirkan di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar, Johor pada 1916, beliau pencetus kepada perjuangan orang Melayu menentang kekejaman Komunis atau Bintang Tiga. Berikutan kekalahan Jepun kepada British, Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) mengambil kesempatan untuk memerintah dan bertindak kejam membunuh mereka yang dianggap berkerjasama dengan Jepun.

Kemuncak penentangan terhadap pengganas komunis ialah apabila pengikut Bintang Tiga mula menggangu aktiviti solat jemaah dan kesucian surau dicemari dengan penyembelihan babi selain pembunuhan ke atas ramai orang Melayu. Dengan berbekalkan senjata parang panjang di bawah pimpinan Panglima Salleh, penduduk setempat telah menyerang kubu Bintang Tiga di sekitar Muar dan Batu Pahat.

Implikasinya, Bintang Tiga mula membuka mata dan tidak lagi meremehkan kekuatan spritual orang Melayu yang sanggup bermati-matian mempertahankan agama dan bangsa walaupun tanpa kelengkapan senjata canggih. Bermula dari detik itu juga, kekejaman terhadap orang Melayu mula berkurangan terutama setelah Kiyai Haji Salleh mengisytiharkan perdamaian dengan Bintang Tiga.

 

7

13 OGOS

KHAMIS

MAT KILAU atau MAT KILAU BIN IMAM RASU

 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Kilau

 

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Atas dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu memulakan pemberontakkan ke atas pihak British. Namun begitu, pihak pemberontak tidak mendapat sokongan Sultan terhadap pergerakkan penentangan British pada masa itu. Sultan yang pada masa itu hanya mementingkan darjat dan talian persahabatan dengan pihak British sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri bagi mematahkan pemberontakkan di Semantan.

 

8

14 OGOS JUMAAT

DATU PADUKA MOHAMMAD SALLEH BIN DATU BALU atau MAT SALLEH

 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Salleh

 

 

9

 

17 OGOS

ISNIN

DATO' ABDUL SAID BIN OMAR ATAU DOL SAID

 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Dol_Said

 

Beliau telah menentang pentadbiran British pada tahun 1831−1832. Penentang beliau adalah kerana: Mempertahankan kemerdekaan Naning, Menentang bayaran cukai, Menentang pelaksanaan undang-undang British.

10

18 OGOS

SELASA

RENTAP ATAU

Libau anak Ningkan, juga dikenali sebagai Libau Rentap

 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rentap

 

Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah tunduk kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah dibaik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1863.

11

19 OGOS

RABU

DATO’ MAHARAJALELA

http://penatokoh.blogspot.com/2014/02/dato-maharajalela.html

 

Semuanya bermula rentetan mesyuarat yang diadakan bersama-sama dengan orang-orang bangsawan anti-British dan pengikutnya di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875, iaitu 6 bulan setelah sistem Residen diperkenalkan di Perak. Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Raja Abdullah dan Raja Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah.

Penglibatan Dato' Maharajalela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W.Birch mendapat sanjungan rakyat Perak, namun terdapat tali barut dalam kalangan orang Melayu sendiri yang melaporkan kepada British tentang penglibatannya sebagai pelaku utama dalam rancangan membunuh Birch hingga beliau akhirnya ditangkap dan dibicarakan secara tidak adil oleh Mahkamah. Akhirnya pahlawan berani Perak ini dijatuhi hukuman gantung, bersama-sama Dato' Sagor dan Seputum manakala pembesar yang lain dibuang negeri ke Pulau Sychelles.

12

25 OGOS

SELASA

DATO' BAHAMAN / ABDUL RAHMAN BIN TUANKU IMAM NUH

 

http://penatokoh.blogspot.com/2014/02/dato-bahaman.html

Dengan kehebatan dan kelicikan Dato' Bahaman, beliau berjaya membebaskan pengikutnya yang ditahan walaupun dikawal rapi oleh pihak British sehingga menimbulkan rasa takut kepada pihak British untuk menggunakan tenteranya sendiri bagi menyerang Dato' Bahaman dan pengikutnya kerana bimbang kehilangan anggota mereka. British kemudian bekerjasama dengan Tengku Mahmud yang mengetui 200 askar Melayu. Ini disebabkan askar Melayu tidak mahu bekerjasama dengan askar Sikh. Namun British tetap menghantar sepasukan 60 orang tentera Sikh yang diketui oleh Kapten Summer dan Hugh Clifford dan usaha itu tetap mengalami kegagalan.

13

26 OGOS

RABU

TOK GAJAH /

Rasul Abdul Salam bin Shahrom

Antara peranan Tok Gajah ialah memberikan idea untuk menentang British secara besar- besaran. Sebelum melakukan penentangan ini, Tok Gajah mengadakan satu pertempuran dan dalam pertempuran itu, semua pembesar lain bersumpah menyatakan taat setia kepada Sultan Ahmad.

https://penselpatahtunteja.blogspot.com/2016/11/tok-gajah-pahlawan-terbilang-di-negeri.html

 

14

27 DAN 28 OGOS

 

KHAMIS DAN JUMAAT

LEFTENAN ADNAN / ADNAN SAIDI

https://ms.wikipedia.org/wiki/Adnan_bin_Saidi

 

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.


Majlis Perpisahan Pn Farah Zaireen Binti Nordin

Tarikh: 28 Ogos 2020
Hari: Jumaat
Masa: 3.00 petang
Tempat: Klana Beach Resort, PD

Anjuran : Kelab Guru dan Kakitangan
Pengetua: Pn Maimun binti Bahari
Pengerusi Kelab: Ustaz Ahmad Zulfakor Bin Darusa

Jemputan:
1. Tn HJ Norshamsul Azmi Bin Mohd Nor
2. Mejar (B) Ahmad Yusoff