Sunday, September 8, 2013

Program Curahan Kasih

Tarikh: 7 September 2013
Masa: 8.30 - 1.00 tengah hari
Sasaran: Ibu bapa (70 orang)  dan Pelajar Tingkatan 3 dan 2 (70 orang)
Penceramah Jemputan:
1. En Bahrin Bin Sabar, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson, En 2. Mohd Salim Bin Putih, Penyelia Kanan HEM Pejabat Pendidikan Daerah Seremban

Program Curahan kasih ini diadakan tujuannya untuk menyuntik semangat pelajar khususnya pelajar tingkatan tiga yang bakal menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Peranan ibu bapa sangat penting dalam menjamin keutuhan institusi keluarga. Ibu bapa juga berperanan membentuk keperibadiaan dan mengawal pengaruh sosial dalam kalangan rakan sebaya anak-anak. Program ini dilihat sebagai satu cara untuk megukuhkan kesedaran dan keazaman ibu bapa akan keperluan memainkan tanggungjawab yang lebih efektif. Program ini juga sebagai pemangkin mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak mereka. Secara tidak langsung anak-anak menyedari mereka ini diperlukan oleh ibu bapa dan ibu bapa sebenarnya sayang dan prihatin pada mereka.

Program berjalan dengan baik dengan kehadiran lebih 47 orang ibu bapa penjaga. Semoga Program Curahan Kasih ini dapat menimbulkan kesedaran dan menaikkan motivasi pelajar dan akhirnya melonjakkan prestasi pelajar Sek Men Ren Agama Chuah.



















No comments:

Post a Comment

MUTIARA KATA