Friday, July 22, 2011

Sambutan Israk Mikraj - Kisah Ashabul Uhdud

Tarikh: 15 Julai 2011
Hari : Khamis
Masa: 2.30 petang - 4.30 petang


Sambutan Israk Mikraj tahun ini diadakan serba ringkas tetapi menarik dengan tayangan kisah "Ashabul Uhdud". Kisah ini sangat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan kepada pemuda-pemudi Islam zaman ini kerana ia mengisahkan seorang pemuda yang berani kerana Allah s.w.t, hatta ditaruhkan nyawa sekalipun. Ilmu yang benar akan memimpin kita kepada Allah s.w.t, dan ini lah yang di ajarkan oleh pendeta (ahli Ibadat) sedangkan ilmu yang diajarkan oleh ahli sihir istana adalah bathil semata-mata. Tawaqqal dan berserahnya pemuda itu kepada Allah s.w.t menyebabkan bukan sahaja dia seorang, malah keseluruhan rakyat mendapat hidayah dan beriman kepada Allah s.w.t. . Kita dapat mengikuti kisah pemuda ini tertera dalam Surah Al-Buruj dan diterangkan dengan jelas oleh Nabi kita Muhammad s.a.w dalm hadith baginda. Semua pelajar memberi tumpuan kepada tayangan  Ashabul Uhdud dan semoga mereka mengambil iktibar dari kisah tersebut.




No comments:

Post a Comment

MUTIARA KATA