Sunday, November 21, 2021

Program Motivasi Keibubapaan "Ibu bapa dan Guru Erat, Anak Hebat"

Tarikh: 7 Oktober 2021
Hari: Khamis
Masa: 9.00 - 10.00 malam
Sasaran: Semua ibu bapa, guru dan pelajar SMA Chuah

RASIONAL
Ibu bapa dan guru telah mengikuti pembelajaran dalam talian dalam tempoh yang lama. Selain daripada kata-kata semangat, ibu bapa, guru dan murid memerlukan panduan persediaan fizikal, emosi dan mental untuk kembali ke sekolah dengan penuh bertenaga dan gembira. 

ANJURAN Unit Bimbingan dan Kaunseling 
SASARAN 154 orang pelajar, 24 orang guru dan 154 orang ibu bapa

OBJEKTIF
1. Pada akhir aktiviti murid, guru dan ibu bapa berasa teruja dan gembira untuk kembali ke sekolah
2. Pada akhir aktiviti murid, guru dan ibu bapa berasa lega dan selamat untuk kembali ke sekolah
3. Pada akhir aktiviti, guru, murid dan ibu bapa berlapang dada dengan norma baharu dan bersedia untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka. 
4. Pada akhir aktiviti, guru dan ibu bapa menyedari kepentingan menyuburkan hubungan kerjasama yang utuh serta kukuh demi kecemerlangan anak-anak

AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi: Pn Maimun binti Bahari
Naib Pengerusi: En Ahmad Zulfakor bin Darusa 
Naib Pengerusi 2: Pn Khamisah Asura binti Abd Rahman
Naib Penerusi 3: En Shairozi bin Hashim
Penyelaras Program: Pn Jamilah binti Yahaya
Ahli Jawatankuasa: Guru Ketua Bidang dan Semua Guru Matapelajaran
Pengacara: Nur Alya Nadhirah binti Mohd Fauzi 4 Ibnu Sina
Bacaan Doa: Muhammad Syafiqq bin Hassan  4 Ibnu Sina


















No comments:

Post a Comment