Thursday, September 13, 2018

Majlis Perpisahan En Nazaruddin

Tarikh: 3 September 2018
Hari: Isnin
Tempat: Dataran Perhimpunan
Masa: 2.00 petang

Tentatif:
1. Ucapan aluan Pengerusi MAjlis Putri Aira Batrisyia
2. Bacaan Doa oleh Akmal Haikal Bin Azlin
3. UCapan Ketua Pelajar Mohd Adli Bin Zaharul
4. Ucapan Wakil Guru Pn Khamisah Asura Bt Abd Rahman (GP1)
5. Ucapan yang diraikan En Nazaruddin Bin Ab Hadi
6. Penyampaian Cenderahati

Pengenalan:

En Nazaruddin Bin Abd Hadi merupakan Guru Ketua Bidang Teknik dan Matematik serta mengajar subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. En Nazaruddin telah mengajar di SMR Agama Chuah lebih kurang 3 tahun. Sepanjang beliau berada di SMR Agama Chuah, banyak sumbangan yang telah beliau berikan. Antaranya mengeluarkan sendiri kewangan untuk membaiki prasarana sekolah serta seringkali membantu murid yang kurang berkemampuan.  Beliau juga menjadi orang penting yang membantu mengurus pembinaan sekolah baru agar berjalan dengan baik dan lancar. Sebagai ahli ajk PIBG belaiu juga turut membantu sekolah mendapatkan bantuan dana kewangan tambahan daripada agensi badan bukan kerajaan. En Nazaruddin terpaksa meninggalkan sekolah untuk menyambung pengajian beliau di Peringkat Ijazah Kedoktoran di Universiti Sultan Idris. Semoga belaiu terus maju jaya dan kesungguhan beliau wajar menjadi contoh terbaik buat anak-anak SMR Agama Chuah.
































No comments:

Post a Comment