Sunday, October 28, 2018

Program LDP dan Slot Motivasi Kenali Personaliti STIFin

Tarikh: 25 Oktober 2018
Hari: Khamis
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan SMR Agama Chuah

Anjuran: Unit Pembangunan Guru dan Staf
Penyelaras LADAP: Ustazah Sofiyyah Bt Mohd Suhaimin
Sasaran: Semua murid dan guru

Jemputan: Dato' Dr Baha Hj Nordin

Apa itu STIFIn?
STIFIn ini merupakan satu ilmu baru, ia merupakan satu ujian imbasan cap jari yang mengkategorikan jutaan manusia kepada hanya 5 personaliti sahaja. Mudah, dan ketepatan jika berdasarkan kajian tersangatlah tinggi iaitu lebih 95% berdasarkan kajian reliabiliti.

S.T.I.F.In 
S itu mewakili Sensing iaitu bahagian otak di Limbik Kiri (Otak kiri bawah)
T itu mewakili Thinking iaitu bahagian otak di Neokorteks Kiri (Otak kiri atas)
I itu mewakili Intuiting iaitu bahagian otak di Neokorteks Kanan (Otak kanan atas)
F itu mewakili Feeling iaitu bahagian otak di Limbik Kanan (Otak kanan bawah)
In itu mewakili Instinct iaitu bahagian otak tengah





























Lawatan Kerjaya ke Kolej Komuniti Tampin

Tarikh: 23 Oktober 2018
Hari: Selasa
Tempat: Gemencheh
Masa: 8.00 -3.00 petang

Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling
Guru Penyelaras: Pn Jamilah Bt Yahaya
Guru Pengiring:
1. Ustazah Nor Ashiqin Bt Mohd Zawawi
2. Ustazah Norkhadijah Bt Sahak

Pegawai Kolej Komuniti:
1. Pn Samihah
2. En Mohd Zamri

PENGENALAN
Pada bulan julai yang lalu semua guru kaunseling dan pengetua daerah Port Dickson telah dijemput untuk satu Program Jalinan Hubungan Bersama Kolej Komuniti Tampin. Tujuannya ialah untuk:

i. Mempromosikan Kolej Komunit Sebagai Sebuah Institusi Pendidikan Pilihan terutama untuk murid B40
ii. Memperkenalkan kursus serta aktiviti Kolej Komunit yang boleh disertai oleh semua peringkat umur
iii. Menggalakkan kerjasama antara sekolah dan Kolej Komuniti untuk aktiviti murid

Hasil lawatan guru mendapati, terdapat banyak kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Tampin untuk orang awam dan juga pelajar. Contohnya seperti Kursus Pembuatan coklat, Kursus Menggunting Rambut, Kursus Urutan Asas dan Spa, Kursus Mewarna Gelas, Kursus Mekap dan banyak lagi. Kursus ini boleh dilaksanakan pada waktu hujung minggu atau selepas murid tamat peperiksaan sebagai satu aktiviti tambahan. Oleh yang demikian, Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah ingin merebut peluang  tersebut dengan  membawa pelajar ke Kolej Komuniti Tampin untuk mempelajari kemahiran tambahan.


RASIONAL
Pelajar berpeluang belajar kemahiran tambahan dengan kos minima.
       
OBJEKTIF 
Diakhir program ini murid dapat:

1. Mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti serta bidang kerjaya yang boleh diceburi
2. Mendapat kemahiran tambahan dengan kos yang minima
3. Mengetahui potensi diri serta menambah keyakinan diri
4. Bermotivasi untuk berusaha mempelajari kemahiran yang diminati