Wednesday, March 19, 2014

Perjumpaan Mentor Mentee Kali ke 3

Tarikh: 20 Mac 2014
Masa: 7.20 - 7.50 pagi
Tempat: Masjid, Kelas dan Kantin








SUMUR: Program Usrah

Usrah (اسرة

Tarikh: 19hb Mac 2014 (rabu)
Masa: 7.20 - 7.50 pagi
Tempat: Sekitar Kelas, dan Masjid
Perjumpaan: Kali ke-3

DEFINISI USRAH (اسرة

}Pelbagai pengertian tentang definisi kalimah Usrah (اسرة) yang berasal daripada Bahasa Arab, antaranya memberi makna secara umumnya sebagai keluarga.

}Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga (1998) menyatakan, Usrah (اسرة)  ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama.

Objektif:
}Mendekatkan individu muslim / pelajar kepada Allah Azza Wajalla, serta untuk menghubungkan anggota Usrah (اسرة)  secara langsung dengan al-Quran dan al-Sunnah.
}Membentuk peribadi individu muslim / peribadi pelajar mengikut ajaran Islam yang betul dan tulen; serta menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab anggota Usrah (اسرة)  terhadap ajaran Islam.
}Mewujudkan suasana yang baik (“Biah Islamiyah”) di kalangan pelajar sekolah.
}Melahirkan modal insan (generasi al-Quran) yang mampu untuk membimbing diri sendiri, rakan sebaya, keluarga, masyarakat menuju ke jalanNya yang diredhai.

}Usrah (اسرة)  dan ahli Usrah (اسرة)  yang lahir dari Usrah (اسرة)  yang baik boleh membantu negara membendung peningkatan gejala sosial yang berlaku pada masa kini dan seterusnya membantu membina suasana sekeliling yang kondusif dan selamat







LDP: Bengkel KBAT

Tarikh: 18hb Mac 2014
Masa: 1.45 pm - 4.30 pm 
Tempat: Bilik Gerakan

Matlamat: Meningkatkan kemahiran guru dalam mengaplikasikan KBAT di dalam PdP.

Penceramah: Pn Suhaidah Bt Hasnan (Setiausaha Peperiksaan SMR Agama Chuah)
Peserta: Semua Guru SMRA Chuah

Apa itu KBAT? 

KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) - melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan  merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.


KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.
KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.













Kejohanan MTAQ Peringkat Daerah

Tarikh: 17 hb MAC 2014
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan

Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Port Dickson diadakan di SMK Pasir Panjang pada 15hb Mac 2014 (sabtu ).

Pencapaian;
1. Wan Nurain Karisma binti Mohd Sapian - JOHAN TILAWAH AL-QURAN
2. Nur syamilah Bt Mohd Hafiz - JOHAN KHAT JAWI







Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-6

Tarikh: 15hb Mac 2014
Masa: 2.30 - 5.30 petang
Hari: Sabtu
Tempat: Dewan

Perasmi: YB Tuan Abdul Rahman Bin Mohd Redza (ADUN LINGGI)
Tetamu jemputan: Pn Hjh Lilati Bin Mohammad
YDP PIBG: En Hashim Bin Mohd Ibrahim
Timbalan YDP PIBG: En Bakri bin Wagiman










Tuesday, March 18, 2014

Majlis Pelancaran PROGRAM SUMUR 2014

Tarikh: 10 Mac 2014 (ISNIN)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan Sekolah


Idea asal Program SUMUR ialah daripada Y.Bhg. Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein – Menteri 
Pelajaran Malaysia. Telah dilancarkan oleh Y. Bhg.Timbalan Menteri Pelajaran pada 29 Oktober 2007 di 
SAMTanjong Karang Selangor. (Modul asal dibina oleh SMKA Maahad Muar Johor). 
Mesyuarat Pengurusan BPI Bil. 2/2010  telah memutuskan program SUMUR hendaklah dilaksanakan di 
semua SMKA dan SABK.

Matlamat Program SUMUR ialah Melahirkan murid :
1. Memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi;
2. Sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat;
3. Mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang;
4. Mempunyai ketahanan diri dan berusaha meningkatkan daya kepimpinan; dan
5. Mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.







Penyampaian Hadiah Bowling Peringkat Negeri

Tarikh: 10 Mac 2014 (isnin)
Masa: 7.40 pagi
Tempat: Perhimpunan Mingguan

Peserta Bowling Peringkat Negeri Sembilan:
1) Mohd Zikryllah Bin Md Salleh
2) Mohd Alif Ikmal Bin Roslan

Pencapaian Individu:
1) Mohd Zikryllah Bin Md Salleh: Tempat ke-6
2) Mohd Alif Ikmal Bin Roslan: Tempat ke-13

Pencapaian Beregu: Tempat Ke-4

Pencapaian Kumpulan: (Bersama Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson) : Tempat Ke-4