Thursday, September 1, 2016

ZIARAH AMAL PIBG (SESI 1)

TARIKH: 20 OGOS 2016 (SABTU)
MASA: 10.00 PAGI - 1.00 PETANG

ANJURAN: PIBG SMR AGAMA CHUAH
WAKIL PIBG:
1. EN MOHD ASHAARI BIN ABD LATIF (YDP PIBG SMRAC)
2. EN MOHD YUSOF BIN SHAFIE (AJK PIBG)
3. PN SUHAILA BT OTHMAN (AJK PIBG)

WAKIL GURU:
1. CIK JAMILAH BT YAHAYA (GURU KAUNSELING / AJK PIBG)

SASARAN: SEMUA PELAJAR YATIM, SAKIT DAN KURANG BERKEMAMPUAN

PENGENALAN
Program Ziarah Amal PIBG yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMR Agama Chuah julung-julung kali diadakan pada tahun ini. Hasil mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-2 yang lalu, Yang Dipertua PIBG En Mohd Ashaari mencadangkan agar diadakan lawatan rumah-rumah untuk semua anak-anak yatim dan pelajar miskin SMR Agama Chuah. Tujuaannya tidak lain ialah bagi mengeratkan silaturrahim serta mengenalpasti keperluan pelajar-pelajar ini.


2.0 RASIONAL
Mengenalpasti masalah utama pelajar yatim dan miskin (kewangan,
        Sokongan sosial, Akademik dan lain-lain)

3.0 OBJEKTIF

Diakhir program ini:

1. Pelajar yatim dan miskin yang telah dikenalpasti tidak perlu membayar yuran pibg
2. Mengenalpasti masalah utama pelajar yatim dan miskin (kewangan, Sokongan sosial, Akademik dan lain-lain)
3. Program Lawatan ke Rumah sebagai satu medium perkongsian pengalaman, pandangan dan luahan perasaan oleh ibu bapa penjaga anak yatim atau miskin kepada AJK PIBG
4. Penyampaian bantuan secara terus kepada anak yatim dan miskin SMR Agama Chuah










No comments:

Post a Comment