Sunday, March 11, 2018

Kursus Peningkatan Kompetensi Pemimpin Pelajar

Tarikh: 2 dan 3 Mac 2018
Hari: Jumaat dan Sabtu
Masa:
1. 2.30 - 5.00 petang
2. 8.30 pagi - 5.00 petang

Kursus Peningkatan Kompetensi Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusta Sumber dan Ketua Kelas merupakan wadah membentuk dan melahirkan pemimpin yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Kursus ini diadakan secara peringkat dalaman dengan memberikan penekanan khusus terhadap tugas semasa majlis perhimpuan rasmi sekolah pada setiap hari Isnin di samping menjalankan tugas-tugas harian.

Ketrampilan pengawas, pembimbing rakan sebaya, pengawas pusat sumber dan ketua tingkatan mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan pelajar SMR Agama Chuah yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus selama 2 hari ini memberi impak dalam usaha membantu pemimpin murid menjalankan tugas sebagai pemimpin, model dan contoh yang baik kepada murid-murid lain.

OBJEKTIF
Diakhir program ini murid dapat:
1 Bermotivasi dan yakin untuk menjalankan tugas
2 Tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai Pengawas, PRS, Pengawas PSS dan Ketua Kelas.
3 Memperoleh kemahiran mengurus konflik hasil komunikasi berkesan dan perpaduan yang erat dalam kalangan pemimpin.
4 Meningkatkan disiplin diri

SASARAN
Semua Pengawas seramai 16 orang, Pembimbing Rakan Sebaya seramai 10 orang, Pengawas Pusat Sumber seramai 11 orang dan Ketua Kelas seramai 6 orang. (43 orang)

AJK PELAKSANA
Penaung : Pn Siti Hajar Bt Mohd Ali (Pengetua)
Pengerusi : Pn Norizan Bt Mohd Kalam (GPK HEM)
Timbalan Pengerusi: Pn Zuraidah Bt Sethu Ghani (GPK KOKO)
Penyelaras : Puan Jamilah Bt Yahaya (Guru Kaunseling)
Setiausaha : Cik Sofiyyah Bt Mohd Suhaimin
AJK : En Mohd Hamiddudin bin Ismail
  ( Guru Disiplin)
Pn Norsafinas Bt Abu Sirin
(Guru Pengawas Pusat Sumber)
Ustaz Muhammad Rijaluddin Bin Abd Manaf
Ustaz Muhammad Fazli bin Hassan
Ustaz Muhammad Hanis bin Nasruddin

JJEMPUTAN : Ustaz Muhammad Abu Sufyan Bin Mohd Mokhtar Rozaidi (PU ABU)

        JUMAAT 2 MAC 2018
Masa
Aktiviti/Modul
Objektif
Personalia
3.00
Pembahagian Kumpulan
dan Papan Ganjaran
Pada akhir aktiviti murid mendapat kefahaman tentang objektif utama kursus
Pn Jamilah
3.15 petang
Pecah Bedungan
1.      human knot
2.      “Apa yang penting? Kerjasama!”
Pada akhir aktiviti murid memahami kepentingan kerja berpasukan ialah untuk mencapai matlamat organisasi atau kumpulan.

Pn Jamilah
3.40 petang
1. Maksud Kepimpinan. 
2.  “Saya Pemimpin Berkarisma”
Pada akhir akviti murid mendapat maklumat tentang contoh terbaik kepimpinan
Pn Jamilah
Pn Norsafinas
4.00
petang
Komunikasi
“Saya faham, awak faham”
Pada akhir aktiviti murid dapat menyenaraikan 3 kepentingan komunikasi berkesan.
Pn Jamilah
4.30 petang
Refleksi Murid
Refleksi Guru
Pada akhir aktiviti murid dapat memberi refleksi program
Pn Jamilah

       SABTU 3 MAC 2018
Masa
Aktiviti/Modul
Objektif
Personalia
8.30-8.45
Senaman Shi Hua Hua
Pada akhir aktiviti murid gembira dan bersedia untuk mengikuti program hari kedua
Pn Jamilah
8.45
“Jangan Lupa Lirik”
Pada akhir aktiviti murid dapat menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Sembilan, Lagu Aku Negaraku dan Asma’ul Husna dengan penuh bersemangat meskipun tanpa iringan muzik.
En Muhammad Hamiddudin
10.00 pagi
Rehat
Minum Pagi

10.30
Bacaan Doa Perhimpunan
Pada akhir aktiviti murid dapat membacakan doa perhimpunan dengan betul dan penuh khusyuk
Ustaz Rijal
Ustaz Fazli
Ustaz Hanis
1.00
Rehat
Makan tengah hari dan Solat zuhur berjemaah

2.00 petang
Pengucapan Awam
Pada akhir aktiviti semua murid bermotivasi untuk berucap dihadapan orang ramai
En Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar
4.00 petang
Rehearsal Perhimpunan Rasmi Sekolah
Pada akhir aktiviti murid dapat mengurus perhimpunan rasmi mingguan dengan baik tanpa bantuan guru
Ustazah Sofiyyah
4.45 petang
Refleksi Guru
Refleksi Murid
Pada akhir akviti murid dapat memberikan refleksi program
Semua guru
5.00 petang
Penutup
Bersurai
(Penyampaian Hadiah di Perhimpunan)






































Saturday, March 10, 2018

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar

Tarikh: 28 Februari 2018
Masa: 3.00 petang
Tempat: Perkarangan Perhimpunan

Tetamu: 
1. Sarjan Mejar Roslee Bin Sakiman, Ketua Balai Polis Chuah
2. En Muhamad Bin Matnor

Sasaran:
1. Pengawas
2. Pembimbing Rakan Sebaya
3. Pengawas Pusat Sumber
4. Ketua dan Penolong Ketua Kelas

Objetkif: 
1. Menghargai murid dengan memberikan pengiktirafan diatas lantikan kepimpinan mereka
2. Menjadikan pemimpin sekolah sebagai contoh untuk diikuti oleh murid lain

Aturcara: 

3.00 petang Ucapan Alu-aluan pengerusi Majlis

                    Bacaan Doa

                    Ucapan Guru Penyelaras Pn Jamilah Bt Yahaya

                    Penyampaian Sijil oleh SM Roslee Bin Sakiman
                      diiringi oleh En Muhammad Bin Matnor

                    Bacaan Ikrar Ketua Pelajar
                    Muhammad Adli Bin Zaharul

                    Ucapan Ketua Pelajar
                    Muhammad Adli Bin Zaharul

                    Bersurai
                 





















Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Di PDK Chuah

Tarikh: 22 Februari 2018
Masa: 10. 00 pagi
Tempat: PDK Chuah, Dickson

Program: 
Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Pertubuhan PDK Chuah Daerah Port Dickson Tahun 2018
Wakil SMRAChuah: 
Pn Siti Hajar Bt Mohd Ali (Pengetua) dan Pn Norizan Bt Mohd Kalam (GPK HEM)





Monday, March 5, 2018

Pemilihan Wakil Sekolah Boling 2018

Tarikh: 26 Februari 2018
Hari: Isnin
Tempat: Seremban Prima
Masa: 10.00 pagi - 2.00 petang

Anjuran: Unit Kokurikulum SMR Agama Chuah
GPK Kokurikulum: Pn Zuraidah Bt Sethu Ghani