Wednesday, April 21, 2010

KRS- Membuat Bunga Daripada Kertas Warna

Lagi aktiviti KRS, kali ini pelajar dikehendaki membuat bunga yang diperbuat daripada kertas. Semua pelajar telah mengambil bahagian dan telah berusaha untuk menunjukkan kekreativitian masing-masing.  Berikut merupakan info aktiviti.
Tarikh  :  21 April 2010
Masa   :  1.50 - 3.20 P.M (Waktu Kokurikulum)
Tempat : Kantin SMRA Chuah

Sedikit paparan aktiviti


Inilah sebahagian dari hasil kerja pelajar
pelajar melipat bunga secara berkumpulan
Pn. Rozita menyusun bunga yang telah siap, hasil tangan pelajar
Pn Rozita & Pn. Suhaidah
Alamak! sory kak, tertangkap gambar tido plak.
Aiman, Nasir, Najib & Hafy
gelagat: Riduwan dengan gayanya yang pelbagai

Monday, April 19, 2010

KRS- Aktiviti Memasak




          Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk memasak @ menyediakan makanan menggunakan sumber alam dengan bahan yang cukup terhad. Dengan adanya ilmu serta pengalaman ini, dapat melatih pelajar untuk menempuhi keadaan darurat seperti berada di dalam hutan, tersesat dan sebagainya.
Bahan yang digunakan adalah tepung, sedikit garam, air dan juga kayu kering. Aktiviti dijalankan petang tadi iaitu
Tarikh   : 10 April 2010 (Isnin)
Tempat : Sekitar SMR Agama Chuah

Paparan sepanjang aktiviti




.
Pelajar diagihkan megikut kumpulan, dalam keadaan ini pelajar berbincang memilih tempat memasak masing-masing
Pelajar bekerjasama menyediakan resepi tersendiri membuat kuih tepung
Masing-masing memainkan peranan, ada yang bekerja ada juga yang memerhati hehe
pelajar perempuan dengan gayanya
Ustazah Zuraidah menerangkan cara melilit tepung pada kayu pembakar
pengetua tidak melepaskan peluang menunjukkan bakatnya
Semangat yang berkobar-kobar hehe
Macam-macam gaya ada
Kesukaran menyalakan api amat dirasai
Api yang berjaya dinyalakan
Roti tepung yang hampir siap..

Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Negeri

               Aktiviti ini merupakan perkhemahan Kadet Remaja Sekolah yang diadakan buat kali ke2 di peringkat negeri yang melibatkan sekolah2 SABK.Seramai 50 pelajar yang mengambil bahagian dan sekolah yang terlibat adalah, SMR Agama Chuah, SMR Agama Nilai, SM Agama Teluk kemang dan SM Agama Dato' klana Petra Seremban.
             Program telah berlangsung pada
 Tarikh : 14, 15 & 16 oct 2009
 Hari    :  Rabu, Khamis & Jumaat
 Tmpt  : Tapak Perkhemahan (lapangan Biologi UPM) batu 7 Port Dickson

Aktiviti Kayak

Pertandingan membuat Istana Pasir (aktiviti sampingan membenamkan kawan hehe)

Team yang merangkul Johan

Gambar kenangan selepas melakukan aktiviti pantai


Majlis penutupan

Perkhemahan KRS peringkat negeri 2009

Wednesday, April 14, 2010

Aktiviti Permainan Tradisional

Tarikh   : November 2010
Masa     : 7.40 - 3.00 ptg
Tempat  Sekitar SMRA Chuah

              Selepas pelajar menduduki peperiksaan pertengahan tahun & PMR, pihak sekolah dengan inisiatif guru PJK telah menganjurkan program permainan tradisional. Program ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap permainan tradisional seperti Congkak, Lompat Getah, Sepak Taqraw dan Ting-ting.

Paparan aktiviti


Nasir menunjukkan kehandalannya dalam permainan Lompat Getah



Permainan Congkak merupakan permainan yang mempunyai rating tinggi daripada pelajar

Permainan Ting-ting yang dibuat daripada tepung

Lompat dik, lompat tinggi-tinggi

Semua tidak melepaskan peluang meunjukkan skill masing-masing\

Guru memberikan peluang pelajar memilih permainan yang mereka minati..
Kemeriahan ini masih dirasai hingga kini.

Ujian Kemasukan Tingkatan 1

                 Ujian kemasukan pelajar ke tingkatan 1 merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan, ia merupakan cara bagi pihak sekolah memilih pelajar yang betul-betul layak untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 1 di sekolah ini.
                 Kriteria yang dititikberatkan dalam ujian ini adalah
1) Tilawah & hafazan
2) kebolehan menulis jawi
3) Matematik

Sambutan ujian adalah sangat menggalakkan, namun dsebabkan kelas yang terhad, hanya 36 pelajar yang akan terpilih.


Ujian tilawah yang dikendalikan oleh Ustazah Rohalida

Pn. Zuraida juga menjadi panel penilai bacaan Tilawah calon

Ustazah Zuraidah menilai bacaan Sharulnizam, pelajar yang telah berjaya ke tingkatan 1

Sebahagian guru yang hadir

Seriusnya adik kita ni menjawab soalan

Jawab dik, jangan tak jawab

Calon yang hadir memenuhi dewan

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah layak ke tingkatan 1 2010

Tuesday, April 13, 2010

Progam Pengurusan Jenazah

Tarikh     :  November 2010
Masa      :  8.00 pagi hingga 12.00 t/hari
Tempat   :  Masjid Chuah

               Program anjuran Panitia Pendidikan Islam. Bertujuan untuk memberi pendedahan dan juga latihan praktikal kepada pelajar untuk lebih memahami pengetahuan menguruskan jenazah.
Antara pengurusan yang akan disentuh adalah
1) Penyediaan baranf keperluan (Kain kapan, kapur barus, air sembilan dan kapas)
2) Memandikan jenazah
3) Mengapankan jenazah
4) Solat jenazah
              Program berlangsung dengan jayanya/Paparan aktiviti :


beberapa penceramah/insractor jemputan hadir pada program ini untuk mengendalukan akiviti yang telah dirancang

Pelajar tidak melepaskan peluang mencatat maklumat yang disampaikan

Pn, Khamisah mengukur kain kapan untuk dipotong mengikut saiz 'jenazah'

Pelajar yang dipilih menjadi 'mayat' dimandikan
Cikgu Nazdmi mengimamkan solat jenazah.
Pihak sekolah memberikan cenderamata kepada jemputa, Cg. Mohd Yaman
Taklimat akhir diberikan oleh cijgu Mohd Yaman sebelum mengakhiri program