Tuesday, April 13, 2010

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2010

                 Telah dianjurkan pada 22 Jan 2010 iaitu pada hari Jumaat, dijalankan sekitar kawasan Chuah & kampung Bukit Melintang. Program ini merupakan acara tahunan sekolah, ia juga salah satu platform yang baik untuk memilih dan melatih pelajar dalam mewakili sekolah di peringkat daerah.

Paparan sepanjang aktiviti

Guru membincangkan mengenai perjalanan & Check point yang terlibat




Pelajar mendengar taklimat daripada cikgu Nazdmi

Pengetua turut memberikan sokongan

Senaman memanaskan badan
Lari setempat, 60 pelajar yang terpilih menyertai pertangan
Pelajar & guru rumah Kuning
Pn. Zuraidah dan peserta rumah Merah
Go Amir..Go Amir. pelajar telah sampai ke check point 2, bersedia untuk mengambil kad
Begitu bersemangat menamatkan larian
Adeh..Ponek den
Guru yang terlibat..
Seramai 8 peserta lelaki, dan 8 peserta perempuan akan mewakili sekolah dalam kejohanan merentas desa peringkat daerah

Minggu Al-Khawarizmi

                
Tarikh         : 5-9 April 2010
Tempat       : Sekolah SMRA Chuah
Anjuran      : Panitia Sains & Matematik

                  Minggu Al-khawarizmi (Minggi sains dan matematik ) ini adalah satu program yang dirancang oleh Panitia Sains & matematik SMRA Chuah. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan minat dan peghayatan pelajar dalam mapelajaran sains & matematik.
                Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan pelajar-pelajar dengan tokoh-tokoh Islam dalam bidang sains & matematik serta jasa dan sumbangan mereka dalam bidang ini. Nama Al-Khawarizmi dipilih keranan sumbangan terbesar beliau merangkumi dua bidang iaitu Aljebra & Astronomi.

Dalam Minggu ni, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilakasanakan termasuklah
1) Pertandingan Kuiz Sains
2) Pertandingan Kuiz Matematik
3) pertandingan Sudut Sains
4) Crossword Puzzle
5) Jumble Trouble
6) Aktiviti Sains di mana-mana dan
7) Membuat ABM Matematik

Paparan sepanjang Minggu Al-Khawarizmi
Perasmian Minggu Al-Khawarizmi, Ketua Bidang Sains & Matematik, Pn Rozita mengiringi Pengetua, En. Mohd Zaki melakukan eksperimen pembukaan. Ekp. Tindakbalas antara Natrium Hidroksida dan asid Asenik.

Pn. Zuraida Mengiringi pengetua merasmikan banner Minggu Al-Khawarizmi

Iklan dan Banner program

Pn. Rozita memberikan taklimat sebelum memulakan Pertandingan Kuiz Sains

Kuiz Sains dan Jumble Trouble dijalankan di dewan SMRA Chuah

Guru yang mengendalikan Kuiz Matematik

Pelajar yang mengambil bahagian

Pelajar lain memberikan sokongan kepada peserta

Sebahagian daripada ABM pelajar

Sudut sains kumpulan pelajar tingkatan 1,2 & 3

Aktiviti Sains di mana-mana

majlis penutupan minggu Al-Khawarizmi

Majlis penyampaian hadiah kepada pelajar

Dengan berakhirnya majlis penutupan dan penyampaian hadiah, berakhirlah minggu Al-Khawarizmi, tahniah kepada panitia Sains & Matematik yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.Jutaan terima kasih kepada guru-guru dan pelajar yang memberikan kerjasama.

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah

Telah diadakan pada tetapan berikut :

Tarikh       :  11 Mac 2010 bersamaan 25 rabiulawal 1431 Hijrah
Hari          :  Khamis
Masa        :  7.30 pagi - 3.30 petang

Pada sambutan kali ini, panitia Pendidikan Islam telah membuka penyertaan bagi beberapa pertandingan iaitu
1) Pertandingan bercerita kisa nabi
2) Pertandingan syarahan
3) Pertandingan menulis khat
4) Pertandingan berselawat dan
5) pertandingan kuiz

Slide Sambutan Maulidur Rasul

Barisan Hakim Syarahan yang arif lagi bijaksana hehhe

Barisan Hakim yang begitu sabar apabila disajikan lakonan drama sebabak dalam pertandingan bercerita

Pelajar dan guru berminat dengan persembahan peserta

Hasil kerja wakil peserta Khat

Kumpulan Selawat Tingkatan 1

Kumpulan Selawat Tingkatan 3

Aiman memperdengarkan bacaan Ayat suci Al-Quran bagi memulakan penutup Sambutan Maulidur Rasul

Barisan peserta pertandingan bercerita kisah-kisah nabi

Barisan Peserta Syarahan

Mohd Aiman Hizami, Johan pertandingan bercerita, hadiah disampaikan oleh En. Mokhtar

Pn. Zuraidah menyampaikan hadiah kepada pemenang Kuiz

Puan Rozita Menyampaikan Hadiah kepada kump. n.johan selawat

Bertanding sudah, Pemenang pun dah tahu, masa untuk mengisi perut yang lapar

Pelajar mengambil tempat masing-masing

Makan bertalam boleh mengeratkan silaturahim sesama pelajar

Jamah jangan tak jamah

Menu kami hari ini, Nasi Ambeng bertalam. Alhamdulillah
Selesai makan tengahari pelajar solat sebelum bersurai.
                                   

Saturday, April 10, 2010

Mesyusarat Agung PIBG SMRA Chuah

Pada tarikh 23 Mac, Bertempat di dewan sekolah SMRA Chuah berlangsungnya 1 program Mesyuarat agung PIBG SMRA chuah kali ke-2.
Dalam majlis ini, Ahli Dewan Undangan kawasan Bagan Pinang Dato' Seri Utama Tan Sri isa Bin Dato' Abd Samad hadir untuk merasmikan majlis. Majlis berlangsung dengan lancar, Ibu bapa pelajar juga mencatat kehadiran yang begitu memberansangkan.

Serba sedikit paparan sepanjang majlis:

   1) Kehadiran Dato' Seri Utama Tan Sri Isa di sambut meriah,

2) Barisan tetamu jemputan,
           Dari kiri Pengetua SMRA Chuah En Mohd Zaki, Wakil PPD PD En. Johari, Wakil Kemas,
       ADUN Bagan Pinang Dato' Seri Utama Tan Sri isa, YDP PIBG Tuan Haji Dan Ketua Kampung  Chuah, Dato' Bakar.

3)Barisan Ibubapa serta tetamu jemputan, guru2 besar, wakil Jabatan Agama PD dan juga AJK PIBG SMRA Chuah


                                 4) Ucapan YDP PIBG SMRA Chuah




5) Cenderahati daripada pihak sekolah kepada Tan Sri Isa

6) Cenderahati dari SMRA Chuah kepada wakil Kemas


7) barisan VIP menikmati jamuan


8) Sebahagian daripada barisan guru yang bertungkus-lumus melancarkan majlis
Tahniah semua
9) Salah seorang penerima sumbangan

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Port Dickson

Baru-baru ini, Sek.Men.Keb. Tinggi PD telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Tilawah Alquran peringkat daerah. Dalam pertandingan ini, 4 oarbg guru pengiring telah bersama-sama memberi sokongan moral kepada pelajar iaitu, uszh Norsiah, Ustz Soffiyah, Cik Rahmatia dan cik nurul manakala seramai 6 pelajar SMRAC yang mengambil bahagian antaranya :
1) Mohd Syafie (Syarahan)
2) Amirul B. Khairuddin (Hafazan)
3) Aiman B. Khairuddin (Tilawah)
4) Nur Aqilah Zulkepli (Syarahan)
5) Nursyazwani (Tilawah)
6) Saidatul Nabilah (Hafazan)

Alhamdulillah, peserta kita iaitu Nur Syazwani berjaya merangkul N.Johan bagi Tilawah yang di sertainya..
Paparan sekitar majlis















1) 3 antara 4 guru pengiring yang hadir














2) peserta Amirul,begitu tekun medengar bacaan yang diperdengarkan oleh hakim.


3) Aqilah menyampaikan syarahannya, barisan hakim begitu kusyuk mendengar si cilik ini berbicara



                                                                             
                                                                                              
4) Syafie dan barisan peserta syarahan lelaki di dewan pertandingan














5) Macam model je hehe















6) inilah wirawati kita, n.johan tilawah adik Nur Syazwani

 














7) Wakil guru pengiring, ustzh sofiyyah naik ke pentas mengambil sijil penyertaan peserta

 
Akhir sekali terima kasih kepada semua guru SMRA Chuah atas sumbangan anda dalam program ini, Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mengambil bahagian, yang tidak berjaya kita cuba lain kali.