Monday, November 4, 2019

Program Kesedaran HIV dan AIDS

Tarikh: 30 Oktober 2019
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Dewan SMRAC
Sasaran: Semua guru dan murid

Anjuran: Unit Hal Ehwal Murid
GPK HEM: Ustazah Norizan Bt Mohamed Kalam
Penyelaras: Pn Jamilah Bt Yahaya

Penceramah: 
Pn Nurul Najwa Bt Ghani dan En Mohd Sautee, Pejabat Kesihatan Daerah Portd Dicskson

Objektif:
1. Memupuk kesedaran dalam kalangan warga SMRAC tentang bahayanya  HIV dan AIDS
2. Pengetahuan tentang kepentingan ujian saringan HIV serta amalan pencegahan
3. Meningkatkan pemahaman tentang pesakit HIV dan AIDS serta mengurangkan stigma masyarakat

Pengenalan: Apa itu HIV dan AIDS?

HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.

Pada tahun 2003, terdapat 40 juta orang menghidap penyakit HIV/AIDS di seluruh dunia, di mana 5 juta orang baru dijangkiti manakala 3 juta maut. http://www.unaids.org/.

Bagaimanakah HIV merebak?

HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:

Darah
Air mani
Cecair faraj
Susu ibu
HIV boleh merebak melalui:

1. Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)
2. Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan
3. Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
4. Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.

Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada dijangkiti HIV?

Ujian Antibodi HIV terdapat di mana-mana klinik atau hospital. Ujian segera ( keputusan selama 15 minit) juga boleh didapati. Maklumat individu akan dirahsiakan.

Ibu mengandung yang mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung akan menjalani ujian antibodi HIV. Ini bertujuan mengurangkan jangkitan kepada bayi.

Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian akan diberikan.

Rawatan: Adakah ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS?

Tidak, masih tiada lagi ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS.
Walau bagaimanapun, penggunaan ubat anti-virus HIV dapat melambatkan proses penyakit ini.

Siapakah perlu dirawat dan dimanakah untuk mendapatkan rawatan?

Kebanyakkan pesakit tidak memerlukan rawatan di peringkat awal penyakit. Rawatan diberikan kepada pesakit-pesakit berikut:

1. Menunjukkan tanda-tanda AIDS
2. Bacaan CD4 kurang daripada 200 sel/ml
3. Bacaan virus lebih dari pada 30 000 copies/ml
4. Pesakit yang mengikuti rawatan sepenuhnya
5. Kerajaan menyediakan kombinasi 3 ubat anti-virus dikenali sebagai Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART) secara percuma untuk pesakit-pesakit berikut:

-kanak-kanak berumur kurang 12 tahun
-dijangkiti HIV melalui pemindahan darah dan pemindahan organ
-dijangkiti melalui pekerjaan
-wanita yang disahkan positif untuk HIV melalui program pencegahan HIV ibu kepada anak
-pegawai kerajaan
-Untuk pesakit-pesakit lain, kerajaan menyediakan 2 jenis ubat anti-virus secara percuma. Pesakit -hanya perlu membeli 1 jenis ubat sahaja. HAART dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Ubat anti-virus boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik kesihatan terpilih. Rawatan HIV/AIDS juga termasuk:

1. Pencegahan dan rawatan untuk jangkitan oportunis (opportunistic infection)
2. Nasihat mengenai pemakanan berkhasiat
3. Rawatan penyakit kelamin
4. Kaunseling ( perubatan dan psikologi)

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/hiv-aids/
























No comments:

Post a Comment