Saturday, October 26, 2019

Kursus Pengurusan Jenazah bersama Masjid Qariah Kg Chuah

Tarikh: 23 Oktober 2019
Hari: Rabu
Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Masjid Qariah Kampung Chuah

Anjuran: Masjid Qariah Kampung Chuah bersama AJK PIBG SMRAC & SK CHUAH
Penyelaras: Pn Sarimah Bt Samsudin (AJK PIBG SMRAC)
Peserta: Semua Murid Tingkatan 3 dan murid darjah 6 SK Chuah

Objektif program adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang pentingnya ilmu fardhu kifayah dan menambahkan ilmu pengetahuan peserta agar lebih bersedia dalam memberi khidmat terakhir kepada waris atau umat Islam sejurus kematian ahli keluarga.

Kursus ini bukan hanya melibatkan pengurusan jenazah semata–mata, malah penceramah juga mengambil kesempatan untuk menyentuh soal amalan-amalan bidaah dalam pengurusan jenazah. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut ialah ceramah tentang tanda-tanda kematian, adab terhadap orang yang telah meninggal dunia, memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, menyembahyangkan jenazah dan mengebumikan jenazah. Peserta-peserta yang terlibat turut ditekankan aspek praktikal terutama dalam mengkafankan jenazah dan seorang peserta turut terlibat menjadi model semasa praktikal mengkafankan jenazah.

















No comments:

Post a Comment