Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Anjuran: Unit Kurikulum
Kelolaan: Unit Bimbingan Dan Kaunseling
GPK Kurikulum: Pn Khamisah Asura Bt Abd Rahman
Penyelaras: Pn Jamilah Bt Yahaya
Sasaran: Murid tingkatan 3 dan tingkatan 4
Penceramah: (Alaf Training)
1. Saudara Hafis Bin Ainuddin
2. Saudara Khairul Amirul
RUMUSAN
Kehadiran pelajar adalah baik iaitu seramai 44 daripada 47 orang pelajar sasaran menghadirkan diri (94%). Berdasarkan pemerhatian semua pelajar yang hadir memberikan sepenuh kerjasama sepanjang perjalanan aktiviti serta mematuhi arahan yang ditetapkan. Guru yang turut serta sepanjang program berlangsung ialah Ustazah Sofiyyah Bt Mohd Suhaimin dan Pn Khamisah Asura Bt Abd Rahman.
Meskipun program dilaksanakan pada hari sabtu, murid kekal fokus dan memberikan tumpuan yang baik sehingga tamat program. Penceramah yang hadir berjaya membuatkan pelajar memberikan tumpuan mereka. Maklumat seperti tips serta teknik menguasai pelajaran yang dijanjikan telah dikongsikan kepada pelajar. Pelajar juga ditekankan dengan amalan sahsiah yang baik untuk mudah mengingati dan mendapat ilmu. Pelajar diingatkan agar menjaga hubungan baik dengan Allah SWT, ibu bapa dan guru untuk beroleh keberkatan dan kejayaan yang bermakna. Pelajar diajar dengan kemahiran menentukan matlamat hidup. Matlamat inginkan kejayaan dunia dan akhirat.
Jadual pelajar tingkatan 3 yang sangat padat dengan aktiviti akademik memungkinkan pelajar menghadapi tekanan, kabur matlamat dan hilang fokus akibat keletihan, kebosanan dan sebagainya.
Program motivasi ini tidak lain bertujuan mengingatkan kembali matlamat menuntut ilmu serta mengembalikan fokus murid terhadap perjuangan belajar tanpa berputus asa.
No comments:
Post a Comment