Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat Dewan Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah
Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Guru Penyelaras : Cik Jamilah Bt Yahaya
Barisan Fasilitator: Raudhatus Sakinah
1. Encik Mohd Fairus Bin Abu
2. Encik Sedana Arif Raslan bin Sedana Omar
3. Nurul Sakinah Bt Aziz
PENGENALAN
Dewasa ini seringkali kita dikejutkan dengan berita
pelajar terlibat dengan seks luar nikah dan mengandung anak luar nikah. Malah
ada yang terlibat dengan benda lucah seawall umur 8 tahun. Gejala seks luar
nikah pada masa kini semakin meruncing dan sekolah sebagai tempat menimba ilmu
wajib menyediakan program-program pencegahan agar anak-anak ini memehami kesan
terlibat dengan seks luar nikah dan kembali mengamalkan ajaran islam yang
sebenar. Matlamat utama program ini ialah meningkatkan motivasi murid
menjauhi zina dengan memberi penegasan kesan-kesan akibat zina.
OBJEKTIF
Diakhir program ini murid dapat:
1.1
Memahami tubuh badan, sistem
reproduksi serta fungsi-fungsinya
1.2
Memperoleh maklumat kesan-kesan psikologi, fizikal dan ke atas
kesihatan jika terlibat
1.3 Meningkatkan keyakinan murid bahawa mendekatkan diri dengan agama mampu
membantu mereka menjauhi zina
SASARAN
Semua 127 orang pelajar Sekolah Menengah Rendah
Agama Chuah Lelaki dan Perempuan
No comments:
Post a Comment