Thursday, April 3, 2014

Program SEED LEADERSHIP CAMP

Penyampaian Sijil Kepada Peserta Program SEED LEADERSHIP CAMP

Tarikh: 31hb Mac 2014
Masa: 7.40 Waktu Perhimpunan


Guru Pengiring: Pn Zuraida Bt Mohd Norwi
Peserta:
1. Nur Shairah Bt Rahim
2. Nurnabila Bt Mohd Nisam
3. Mohd Fakhrunizam Shah B Fazil

Pada 24hb, 25hb dan 26hb MAc yang lalu, 3 orang pelajar SMR Agama Chuah terpilih untuk menyertai Program Peringkat Kebangsaan iaitu SEED LEADERSHIP CAMP di Resort Bayu Lagoon, Melaka. Program anjuran RHB ini disertai oleh lebih 218 pelajar dari 37 buah sekolah di seluruh negara. Objektif SEED Kem Kepimpinan ini adalah untuk menyediakan satu program pembangunan yang seimbang yang menyediakan ,melengkapkan dan memberi kuasa kepada pelajar untuk mengatasi cabaran hidup. Tahniah kepada pelajar dan diharapkan pelajar mendapat banyak pengalaman dan ilmu berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.







No comments:

Post a Comment