Tarikh: 19hb Mac 2014 (rabu)
Masa: 7.20 - 7.50 pagi
Tempat: Sekitar Kelas, dan Masjid
Perjumpaan: Kali ke-3
DEFINISI USRAH (اسرة)
}Pelbagai pengertian
tentang definisi kalimah Usrah (اسرة) yang
berasal daripada Bahasa Arab, antaranya memberi makna secara umumnya sebagai keluarga.
}Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka Edisi Ketiga (1998) menyatakan, Usrah (اسرة) ialah perkumpulan
yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk
agama.
}Mendekatkan
individu muslim / pelajar kepada Allah Azza Wajalla, serta untuk menghubungkan
anggota Usrah (اسرة) secara langsung dengan al-Quran dan
al-Sunnah.
}Membentuk
peribadi individu muslim / peribadi pelajar mengikut ajaran Islam yang betul
dan tulen; serta menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab
anggota Usrah (اسرة) terhadap ajaran Islam.
}Mewujudkan
suasana yang baik (“Biah Islamiyah”) di kalangan pelajar sekolah.
}Melahirkan
modal insan (generasi al-Quran) yang mampu untuk membimbing diri sendiri, rakan
sebaya, keluarga, masyarakat menuju ke jalanNya yang diredhai.
}Usrah
(اسرة) dan ahli Usrah (اسرة) yang lahir dari Usrah (اسرة) yang baik boleh membantu negara membendung
peningkatan gejala sosial yang berlaku pada masa kini dan seterusnya membantu
membina suasana sekeliling yang kondusif dan selamat
No comments:
Post a Comment