Masa: 8.00 pagi hingga 12 tengah hari
Tempat: Perkarangan Sekolah
Aktiviti ini diadakan untuk membincangkan prestasi akademik pelajar-pelajar tingkatan 3 Sek Men Ren Agama Chuah. Peluang ini digunakan sebaik mungkin bagi guru-guru dan ibu bapa bertukar pandangan dan idea bagi meningkatkan pencapaian anak masing-masing. Keputusan Peperiksaan Percubaan PMR di bentangkan kepada ibu bapa, serta terdapat pesanan dan ingatan daripada Tuan pengetua serta Guru SUP berkenaan prestasi akademik semasa pelajar. Kehadiran ibu bapa memuaskan. Lebih separuh hadir memberikan sokongan.