Saturday, October 15, 2011

Aktiviti "Cuci Kereta Guruku"

Tarikh: 12 oktober 2011
Tempat: Perkarangan Sekolah
Masa: 8.00 - 10.30 pagi

Pada suatu pagi seperti tarikh diatas, seorang pelajar datang kepada saya, memohon kunci kereta. Lalu saya pun bertanya kepada pelajar terbabit. 
"Nak buat apa kunci kereta cikgu ini? Kamu nak alihkan ker? Eh Takpe, biar cikgu alih, .." 
Lantas pelajar tersebut membalas,
 "tidak cikgu, kami nak tolong cuci kereta cikgu... " "Program anjuran kelas form 3 cikgu,.. Cuci kereta..hehe" sambil tersengih meminta kunci kereta saya. Mereka menerangkan program ini sebahagian aktiviti selepas PMR. Mereka ingin melakukan sesuatu untuk guru mereka.

Saya pun terus memberi kunci kereta kepadanya, dan melihat ke luar kawasan sekolah dimana semua kereta sedang dialihkan menunggu giliran untuk dicuci. Pelajar-pelajar ini telah pun berbincang semalam dan diberi taklimat oleh ketua program: Nur syazwani tentang aktiviti pada hari tersebut. Jadi aktiviti "suprise" ini pun berjalan seperti yang dirancangkan. Program mereka turut disokong oleh guru kelas iaitu Pn Zuraidah Mohd Norwi. Beruntungnya kami ada anak murid macam kamu. Tolong cuci kereta sambil mengumpul dana. Mereka mencuci dengan sangat bersih, kalah "car wash". Kesungguhan mereka mencuci kereta kami tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mereka melakukannya dengan hati yang ikhlas dan terpancar kegembiraan di raut wajah masing-masing semasa sedang melakukan aktiviti.





















Program Motivasi Persediaan Menjelang Peperiksaan

Tarikh                        : 23hb September 2011

Tempat                      : Sek Men Ren Agama Chuah
Masa                          : 10.30- 12.00 tengah hari



Disampaikan oleh kaunselor Sek Men Agama Rembau, Mohd Helmi Bin Abdullah. Kaunselor akan memberi tips-tips belajar disaat akhir dan bagaimana persediaan secara mental, fizikal dan emosi dapat membantu pelajar. Ini supaya pelajar dapat lebih bertenang sebelum memasuki dewan dan mengatasi rasa cemas. Kaunselor akan menerangkan bagaimana untuk memikirkan perkara positif dan mengekalkan stamina mental sebelum dan semasa peperiksaan. Program ini diadakan rentetan keluhan pelajar selepas menduduki peperiksaan percubaan tempohari, mereka sangat berdebar dan soalan yang biasa dibuat di dalam kelas, tidak dapat dijawab dengan baik oleh kebanyakkan pelajar.

Pelajar-pelajar nampaknya sedikit berdebar apabila diajukan pertanyaan sama ada bersedia atau tidak menduduki peperiksaan PMR. Pun begitu dengan usaha tanpa jemu dan latihan berterusan serta doa tanpa henti kepada Allah s.w.t InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan 
lancar.








Taklimat Oleh Kaunselor Sek Menengah Vokasional Port Dickson

Tarikh                       : 23hb September 2011
Tempat                      : Sek Men Ren Agama Chuah
Masa                          : 8.30- 10.30 tengah hari

Disampaikan oleh Kaunselor Sekolah Teknik atau Vokasional yang memberikan gambaran lebih jelas tentang kelayakan dan pemilihan subjek ke SMT/SMV. Kaunselor juga turut berkongsi maklumat atau info tentang pembaharuan atau pindaan mengenai pemilihan subjek teknikal dan vokasional. Kaunselor Pn Sabaniah dan Pn Azlina masing-masing menjelaskan kursus-kursus yang disediakan di sekolah vokasional Port Dickson serta syarat-syarat ambilan untuk tahun 2012. Mereka juga turut memberi galakan kepada pelajar agar memohon bidang teknik dan vokasional sebagai kerjaya serta menerangkan dengan jelas laluan kerjaya pelajar kelak jika memilih bidang tersebut. Rata-rata pelajar tingkatan 3, Sek Men Ren Agama Chuah sangat tertarik dengan perkara yang disampaikan serta tidak malu untuk menanyakan soalan kepada kaunselor berkenaan bidang teknikal. Semua pelajar hadir dan program berjalan dengan baik. Terima kasih tidak terhingga kepada dua kaunselor berkenaan yang sudi menyampaikan maklumat serta pesanan berguna kepada pelajar-pelajar sekolah ini.