Thursday, May 24, 2018

Lawatan Ke Rumah Murid

Tarikh: 23 Mei 2018 dan 24 Mei 2018
Hari: Rabu dan Khamis
Masa: 10. 00 pagi

Anjuran: Unit Hal Ehwal Murid
GPK HEM: Ustazah Norizan Bt Mohd Kalam
Guru Kaunseling:  Pn Jamilah Bt Yahaya
Sasaran: Murid Sakit dan murid selalu ponteng
Objektif: Mengenalpasti masalah murid






Mesyuarat Kewangan dan Aset Kali 2 / 2018

Tarikh: 22 Mei 2018
Masa: 2.00 petang
Hari: Selasa

Agenda Mesyuarat KEwangan Kali ke 2/ 2018:
1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat 1 2018
3. Pembentangan Kewangan semasa
4. Hal-hal lain

Agenda Mesyuarat Aset Kali ke 2/ 2018:
1. Ucapan aluan pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat 1 / 2018
3. Pembentangan senarai beserta jumlah perolehan semasa
4. Pengesahan Senarai Jawatankuasa
5. Hal-hal lain



Tazkirah Ramadhan

Tarikh: Pelaksanaan Setiap Hari
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Masjid Kariah Kg Chuah

Anjuran: Panitia KBD
Penyelaras: Ustazah Norkhadijah Bt Sahak
Tazkirah oleh: Ustaz Mohd Hanis Bin Nasruddin
Pengisian: Antara pengisian tazkirah ialah fadhilat menunaikan puasa di bulan ramadhan serta amalan-amalan untuk menghidupkan ramadhan.






Thursday, May 17, 2018

Tadarus AL-Quran 2018

Tarikh: Sepanjang Ramadhan
Masa: Rehat dan waktu pagi
Tempat :Masjid Kariah Kg Chuah

Anjuran: Panitia Pendidikan Islam
Penyelaras: Cik Norkhadijah Bt Sahak

Pendahuluan
Antara ibadah yang menjadi kelaziman di bulan Ramadhan ialah tadarus Al-Quran. Ini bertepatan dengan bulan Ramadhan yang dianggap sebagai 'Bulan Al-Quran', yang diturunkan padanya Al-Quran. Insya Allah saya cuba mengupas secara ringkas berkenaan ibadah ini.

Makna Tadarus
Asasnya, tadarus bermaksud memperdengarkan bacaan Al-Qur’an di hadapan seseorang
yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan.

Diriwayatkan, Rasulullah bertadarus Al-Quran dengan Jibril sendiri.


عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: (كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ـ أي أكرم الناس ـ
وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل، وكان جبريل يلقاه في كل ليلة من رمضان فيدارسه
القرآن، فرسول الله صلى الله عليه وسلم حين يلقاه جبريل أجود بالخير من الريح المرسلة) متفق عليه

“Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan,
dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan.Jibril a.s.
menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan
Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah
amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang”.
(Riwayat:Al-Bukhari dan Muslim).

Kelebihan Tadarus

Tadarus Al-Qur’an mempunyai banyak kelebihan. Selain kelebihan-kelebihan yang
dijanjikan bagi sesiapa yang membaca Al-Quran, Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ … وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ
مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ
وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ.

“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca
dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan
(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada
para malaikat”.

Tadarus Di Kalangan Orang-Orang Soleh

Amalan tadarus Al-Qur’an Rasulullah itu, telah menjadi ikutan dan dihayati oleh para
sahabat dan orang-orang soleh dari dahulu hingga kini. Mereka bertadarus Al-Qur’an
sehingga tamat beberapa kali sepanjang bulan Ramadhan. Ada yang mengkhataminya
seminggu sekali, tiga hari sekali, sekali setiap malam atau lain lain tempoh mengikut kesungguhan serta keupayaan masing-masing.

Imam Asy-Syaaf’i umpamanya dilaporkan dua kali tamat dalam sehari di bulan Ramadhan. Seorang ulama' lain bernama Mujahid, khatam Quran antara Maghrib dan Isyak
pada setiap malam di bulan Ramadhan. Qatadah pula mengkhataminya setiap tiga malam sebelum sepuluh terakhir Ramadhan. Manakala dalam tempoh sepuluh terakhir beliau mengkhataminya setiap malam.

Cara Tadarus
Tiada cara yang seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus Al-Qur’an. Bagaimanapun
antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah:

1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.

2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf

3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.

4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.

5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau
atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.

Sumber: http://aisaralex.blogspot.my/2007/09/apa-sebenarnya-tujuan-tadarus_14.html










Majlis Sambutan Hari Guru 2018

Tarikh: 16 Mei 2018
Hari: Rabu
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: SMR Agama Chuah

Anjuran: Unit HEM
Kelolaan : Badan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya
GPK HEM: Ustazah Norizan Bt Mohd Kalam

Guru Penasihat:
1. Pn Jamilah Bt Yahaya
2. Ustazah Sofiyyah Bt Mohd Suhaimin

Ketua Penyelaras: Nur Balqish Bt Saleh (Pengawas)

Aktiviti:
9.00 pagi        Bacaan Yassin dan Solat Hajat, Tahlil
10.30 pagi      Makan beramai-ramai secara "Pot Luck"
11.00 pagi      Acara Dewan
                       Ucapan aluan Pengerusi Majlis
                       Bacaan Doa Oleh Mohd Ikhwan Syahmi
                       Bacaan Perutusan Oleh Pn Khamisah Asura Bt Abd Rahman
                       Bacaan Ikrar Guru Oleh En Mohd Noorajla Bin Mohd Zain
                       Ucapan Wakil Pelajar Mohd Adli Bin Zaharul
                       Upacara Potong Kek Hari Guru
                       Permainan" tahu ke tak", "Teka Apa Dalam Kotak" dan "Musang Berjanggut"
                       Persembahan Murid tingkatan 1, 2 dan 3
                       Anugerah The Most Handsome Teacher - Ustaz Ahmad Zulfakor Bin Darusa
                       Anugerah The Most Beautiful Teacher - Pn Suhaidah Bt Hasnan
                       Penyampaian Hadiah Pn Siti Hajar Buat Semua Guru
                       Hadiah Untuk Pn Siti Hajar Oleh Semua Guru
                       Hadiah dari murid
 1.00 petang   Bersurai