Masa: 2.00 petang
Tempat: Perpustakaan
Anjuran: Panitia Bahasa Melayu
Pegawai PPDPD:
Guru:
1. Pn Khamisah Asura Bt Abd Rahman (GPK Kurikulum)
2. En Mohd Azzly Bin Hj Ismail (KB Bahasa)
3. En Mohd Noorajla Bin Mohd Zain
Prinsip Asas
Prinsip asas PLC adalah berdasarkan kepada tiga idea utama iaitu:
1. Memastikan pembelajaran murid
2. Mengamalkan budaya kolaboratif
3. Memberi fokus utama kepada pencapaian pelajar.
Matlamat PLC
Modul ini dapat membantu kepimpinan sekolah serta guru-guru tentang nilai tambah pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi setiap panitia sekolah dan seterusnya meningkatkan pencapaian sekolah serta merealisasikan kualiti guru yang cemerlang.
Objektif
1. Menarik penyertaan menyeluruh stake holder dan warga pendidik untuk menjayakan NKRA dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025). Menzahirkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjayakan PPPM 2013-2025 melalui perancangan dan tindakan khusus secara menyeluruh dan bersepadu.
2. Meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru.
3. Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama dalam kalangan guru.
4. Mewujudkan semangat kerja berpasukan.
5. Membangunkan sekumpulan pengurus mata pelajaran yang pakar untuk membantu dan memberikan bimbingan kepada pengurus-pengurus mata pelajaran yang lain (coaching partnership)
6. Mengindoktrinkan pemikiran pengurus mata pelajaran bagi menzahirkan jati diri sebagai pemimpin instruksional.
7. Mempopularkan dan membudayakan PLC sebaga istrategi pelaksanaan kursus dalam perkhidmatan peningkatan profesionalisme guru-guru di Malaysia.