HALAMAN

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

GALERI KELAS, BADAN KEPIMPINAN, KELAB PERSATUAN, SUKAN DAN PERMAINAN

Wednesday, March 19, 2014

SUMUR: Program Usrah

Usrah (اسرة

Tarikh: 19hb Mac 2014 (rabu)
Masa: 7.20 - 7.50 pagi
Tempat: Sekitar Kelas, dan Masjid
Perjumpaan: Kali ke-3

DEFINISI USRAH (اسرة

}Pelbagai pengertian tentang definisi kalimah Usrah (اسرة) yang berasal daripada Bahasa Arab, antaranya memberi makna secara umumnya sebagai keluarga.

}Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga (1998) menyatakan, Usrah (اسرة)  ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama.

Objektif:
}Mendekatkan individu muslim / pelajar kepada Allah Azza Wajalla, serta untuk menghubungkan anggota Usrah (اسرة)  secara langsung dengan al-Quran dan al-Sunnah.
}Membentuk peribadi individu muslim / peribadi pelajar mengikut ajaran Islam yang betul dan tulen; serta menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab anggota Usrah (اسرة)  terhadap ajaran Islam.
}Mewujudkan suasana yang baik (“Biah Islamiyah”) di kalangan pelajar sekolah.
}Melahirkan modal insan (generasi al-Quran) yang mampu untuk membimbing diri sendiri, rakan sebaya, keluarga, masyarakat menuju ke jalanNya yang diredhai.

}Usrah (اسرة)  dan ahli Usrah (اسرة)  yang lahir dari Usrah (اسرة)  yang baik boleh membantu negara membendung peningkatan gejala sosial yang berlaku pada masa kini dan seterusnya membantu membina suasana sekeliling yang kondusif dan selamat







No comments:

Post a Comment