Friday, May 28, 2010
Bertukar Hadiah Hari Guru
Sempena Hari Guru, aktiviti bertukar-tukar hadiah sesama guru telah dijalankan. Semua guru begitu seronok mendapat hadiah dari rakan guru yang lain. Paparan pertukaran serta acara memotong kek sepanjang aktiviti singkat tersebut.
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Tarikh : 25 Mei 2010
Hari : SelasaTempat : Sekitar Smra Chuah
Baru-baru ini, pihak sekolah telah menganjurkan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Aktiviti ini dikendalikan oleh badan pengawas, antara aktiviti yang berlangsung adalah
1) Permainan Bola Jaring Lelaki
2) Permainan Futsal
3) Membawa Bola Pingpong dengan sudu
4) Membawa Bola dalam Gelung
5) Aktiviti Semakin Hari Semakin Sayang
6) Persembahan Pelajr
7) Berbalas Pantun
8) Pengagihan Hadiah Kepada Guru
9) Jamuan
10) Music Chair
Paparan sepanjang aktiviti
Sunday, May 16, 2010
bengkel Cemerlang Sains
Panitia Sains & Matematik SMRA Chuah telah mengadakan Bengkel Kemerlangan Sains.
program ini dikhaskan kepada pelajar tingkatan 3, sebagai persiapan menjelang PMR, tetapi pelajar yang terpilih dari tingkatan 2 dan 1 juga turut berpeluang menghadiri program tersebut bagi menambahkan kefahaman mereka dalam mata pelajaran sains.
Penceramah jemputan program ini adalah Ketua Panitia Sains SMK Bukit Saujana, Guru Cemerlang Puan Radziah Bt Mohd Yamin.
Program berlangsung melalui ketetapan berikut
Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 7.40 pg - 12.30 tghrTempat : Dewan SMRA Chuah
Anjuran : Panitia Sains & Matematik
Pn Rozita, Pn Khamisah Asura, Pn Zuraida, Cik Rahmatia & En Nadzmi
Paparan Aktiviti
penceramah jemputan Pn Radziah bt Mohd yamin
Pelajar duduk dalam kumpulan untuk memudahkan proses perbincangan dan perbentangan
Eksperment ketumpatan yang dijalankan semasa program bagi memudahkan pelajar menjawab & memahami soalan dalam topik ketumpatan
Aktiviti perbincangan dilakukan oleh setiap kumpulan selesai sahaja membincangkan satu-satu topik
Puan Rozita memberi pemahaman kepada pelajar mengenai kehendak soalan
Pn Zuraida dan juga En Nadzmi juga memainkan peranan yang sama
Cik Rahmatia juga bertindak sebagai Fasilitator bersama-sama Puan Rozita, Pn Zuraida & En Nazdmi dalam program tersebut
Pukul 9.30 pagi, pelajar diberikan rehat selama 20 minit untuk minum pagi sebelum program disambung semula.
Kumpulan pelajar perempuan tingkatan 3 membuat perbincangan dalam kumpulan
Alhamdulillah, program berjalan dengan begitu lancar
Puan Khamisah Asura diiringi Puan Rozita menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan
Program berjalan dengan lancar, harapan guru panitia sains adalah semoga pelajar dapat mengambil & memanfaatkan ilmu yang diperolehi melalui program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)