1. PENDAHULUAN
KBD merupakan
kurikulum baru yang dibina secara bersama oleh KPM, LEPAI dan
Jabatan/ Yayasan
Agama berdasarkan kurikulum agama-arab yang dikenali sebagai
Kurikulum Dini/
Azhari yang dilaksanakan di sekolah-sekolah agama di Malaysia
termasuk Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah
Agama Rakyat. Setelah
melihat pemintaan yang tinggi dan keperluan penyelarasan
bagi tujuan
penambahbaikan terhadap kurikulum ini KPM dengan persetujuan Majlis
Raja-Raja dan
majoriti Pihak Berkuasa Agama Negeri dan mengambil keputusan
untuk mengangkat
kurikulum ini sebagai kurikulum kebangsaan. Justeru, satu
panduan yang jelas
perlu diterbitkan bagi melancarkan pelaksanaanya di sekolah
perlu di, maka
panduan ini dihasilkan. Buku ini secara umumnya mengandungi
dasar-dasar utama
serta tatacara pelaksanaan kurikulum ini di sekolah untuk
rujukan di pihak KPM,
JPN, PPD, LPS SABK dan sekolah sendiri.
2. PUNCA KUASA
Dalam melaksanakan
kurikulum ini beberapa punca kuasa yang penting telah
diperolehi dari
pihak-pihak yang berkaitan. Punca kuasa tersebut adalah seperti
berikut:
2.1.Jawatankuasa
Kurikulum Agama, Lembaga Penasihat Pelajaran dan
Pendidikan Agama
Islam (LEPAI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) telah
menyelaraskan Kurikulum Dini bagi kegunaan SAN, SAR dan
SABK. Dalam mesyuarat
pada 15 Jun 2012, Jawatankuasa ini telah
bersetuju terhadap
cadangan KPM untuk menjadikan Kurikulum Dini dan
Kurikulum Tahfiz
sebagai Kurikulum Kebangsaan dengan mengguna pakai
kurikulum yang telah
diselaraskan sebagai asas Kurikulum Dini dan
Kurikulum Tahfiz
Kebangsaan.
2.2.Jawatankuasa
Kurikulum Pusat (JKP) KPM dalam mesyuarat Bil. 3/2012
pada 25 Jun 2012
telah bersetuju terhadap cadangan menjadikan Kurikulum
Dini dan Kurikulum
Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan.
2.3.Mesyuarat
Jawatankuasa Perancangan Pendidikan KPM Kali Ke-200 yang
dipengerusikan oleh
YAB Menteri Pelajaran pada 26 Julai 2012 juga
bersetuju dengan
cadangan menjadikan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz
sebagai Kurikulum
Kebangsaan.
2.4.Mesyuarat Majlis
Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Ugama Islam Malaysia
(MKI) Kali Ke-54 yang
dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, Dato’ Sri
Mohd Najib bin Tun Abd Razak pada 03 Disember 2012
telah bersetuju
supaya Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz digunakan
sebagai Kurikulum
Kebangsaan di sekolah agama yang telah mendaftar
sebagai SABK.
Kurikulum tersebut dinamakan sebagai Kurikulum Bersepadu
Dini (KBD) dan
Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).
2.5.Mesyuarat Majlis
Raja-Raja Kali Ke-231 yang bersidang pada 27 Februari
2013 telah bersetuju
mengambil maklum dan memperkenankan cadangan ini
setelah dibentangkan
oleh pihak LEPAI dengan kerjasama KPM.
2.6.Surat persetujuan
telah diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri yang akan
melaksanakan KBD dan
KBT di SABK masing-masing. Dengan persetujuan
ini, pelaksanaan KBD
dan KBT di SABK adalah selari dengan MoU
pendaftaran SABK yang
menyatakan bahawa pelaksanaan Kurikulum Azhari
di sekolah-sekolah
agama hendaklah diurus oleh kerajaan negeri
sehinggalah
kurikulum-kurikulum tersebut diselaraskan dan dijadikan
sebahagian daripada
kurikulum kebangsaan.
3. LATAR BELAKANG
Program Pendaftaran
SAR dan SAN sebagai SABK merupakan satu program yang
telah membuka mata
banyak pihak tentang kurikulum Dini/ Azhari di sekolah agama.
Program yang tercetus
daripada Laporan JK Tan Sri Murad dan dipersetujui oleh
YAB Perdana Menteri
ketika itu telah membawa masuk sekolah-sekolah agama
rakyat dan negeri
yang menggunakan dwi-kurikulum ke arus perdana. Pelaksanaan
dwi-kurikulum di SABK
setelah berlakunya pendaftaran menunjukkan bahawa
terdapat ruang-ruang
yang masih boleh ditambahbaik bagi menjamin
kecemerlangan murid
dalam kedua-dua bidang iaitu akademik dan agama.
Resolusi Seminar
Pemantapan Kurikulum SABK peringkat Kebangsaan 2008 Port
Dickson telah
menyatakan bahawa Kurikulum Dini/ Azhari perlu diselaraskan dan
diangkan menjadi
kurikulum kebangsaan.
Persidangan
Ketua-ketua/ Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia kali ke-86,
pada 25-27 Mei 2011
di Kangar Perlis telah bersetuju dengan cadangan Kurikulum
Dini di selaras dan
diangkat menjadi kurikulum kebangsaan.
Pihak LEPAI dan JAKIM
telah mengetuai usaha-usaha penyelarasan kurikulum Dini
Azhari yang
dilaksanakan di negeri-negeri. Usaha-usaha tersebut kemudiannya di
selaraskan dengan KPM
dalam kerangka memartabat dan mengangkat kurikulum
Dini sebagai
kurikulum Kebangsaan sehinggalah KBD dan KBT yang berasaskan
Kurikulum Dini/
Azhari akhirnya diperkenalkan.
Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, Gelombang 1 dalam perkara
“Mengukuhkan laluan
pendidikan agama” telah menyatakan bahawa “ ..kementerian
beriltizam
menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi bagi melengkapkan
murid
dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya dalam
pasaran
kerja berasaskan nilai dan tasawur Islam yang kukuh. Kementerian akan
memperkukuhkan
pelaksanaan kurikulum kebangsaan di sekolah agama dengan
mengangkat
kurikulum Dini dan Tahfiz sebagai kurikulum kebangsaan serta
menerapkan
unsur-unsur agama ke dalam kurikulum kebangsaan”.
Oleh itu KPM
mengeluarkan Dokumen Standard Kurikulum bagi KBD sebagai
rujukan untuk
pelaksanaannya.
4. KEPENTINGAN KURIKULUM BERSEPADU DINI
KBD diwujudkan bagi
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah
Pendidikan Islam dan
bagi merealisasikan hasrat PPPM.
4.1. Aspirasi Sistem
Melalui pelaksanaan
KBD negara dapat menawarkan kepada
warganegara yang
memerlukan pendidikan aliran agama kepada anakanak
mereka dan seterusnya
mengukuhkan pendidikan agama di dalam
aliran perdana.Ini
akan memberikan lebih peluang kepada murid di dalam
menentukan laluan
kerjaya mereka.
KBD yang menggunakan
bahasa Arab sebagai bahasa pengantar akan
mempertingkatkan
kualiti komunikasi dan berbahasa serta mampu
merujuk asas-asas
ilmu pengetahuan dalam kitab-kitab muktabar.
Kesatuan dalam
menghayati manhaj ahli sunnah wal jamaah dan menjadi
norma rujukan contoh,
model sahsiah yang unggul
Murid yang dilahirkan
berpotensi memenuhi keperluan modal insan yang
mampu menyumbang
dalam kemajuan ekonomi negara dalam pelbagai
sektor.
4.2. Kepentingan KBD kepada Murid
KBD berperanan
mempertingkat keupayaan murid berasaskan aspirasi
murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu
memastikan
murid-murid menguasai pengetahuan, Kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan
identiti nasional.
Aspek pengetahuan
kurikulum ini akan mengembangkan potensi dan
keupayaan murid dalam
ilmu agama dan bahasa Arab. Kurikulum ini juga
dapat mengembangkan
Kemahiran berfikir murid melalui pelbagai kaedah,
pendekatan dan teknik
pembelajaran dan pengajaran dengan menerapkan
elemen Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Dalam konteks
Kemahiran memimpin, pendidikan dini akan mendokong
dan memperkukuh empat
(4) dimensi kepimpinan iaitu kemahiran
entrepeneurship,
berdaya tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran
komunikasi yang
berkesan berasaskan pemahaman dan penghayatan
dalil-dalil naqli
serta penyantunan kepada sub ilmu dalam pendidikan
shariah, usuluddin
dan bahasa Arab.
Kurikulum ini yang
menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar
mampu memberi
kelebihan dan nilai tambah kepada murid dalam
penguasaan bahasa
selain Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
(Kemahiran
dwibahasa).
Murid-murid yang
mengikuti kurikulum dini berupaya memperkukuh etika
dan kerohanian bagi
mendepani cabaran masa hadapan. Mereka
diharapkan dapat
menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat
pertimbangan,
berpegang kepada prinsip dalam situasi kritikal serta dapat
membuat keputusan
yang betul dan tepat berdasarkan prinsip Islam
sebenar.
Kurikulum dini ini
akan mengukuh prinsip Islam sebagai agama
persekutuan di
samping prinsip pertama rukun negara iaitu Kepercayaan
Kepada Tuhan.
Kurikulum ini digubal berdasarkan manhaj ahli al-Sunnah
wa al-Jamaah dan
pandangan muktabar Mazhab Shafie serta ketetapan
institusi pihak-pihak
berkuasa agama Islam di Malaysia. (Identiti nasional)
Dengan KBD murid akan
mengikuti setiap mata pelajaran dalam sistem
kurikulum yang
selaras sehingga ke peringkat SPM.
Kurikulum dini di
SABK akan memenuhi 6 ciri utama aspirasi murid dalam
PPPM dan berupaya
bersaing diperingkat global.
4.3. Kepentingan KBD Kepada Guru
Guru dini ditawarkan
skim yang sama seperti guru lain di bawah KPM
tertakluk kepada
syarat-syarat perkhidmatan. Mereka akan menjalani
latihan perguruan dan
memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang
menarik berasaskan
prestasi dan kompetensi.
4.4. Kepentingan KBD Kepada Sekolah
SABK yang
melaksanakan KBD layak menerima bantuan per kapita mata
pelajaran seperti
mata pelajaran kebangsaan yang lain. Di samping itu,
sekolah layak
menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
Prinsip ini di
selaraskan dengan aspirasi sistem dalam PPPM yang
berkaitan dengan
kemampuan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan. Dengan itu
semua SABK yang terlibat akan dapat
diperkukuhkan.
4.5. Kepentingan KBD Kepada Masyarakat, Bangsa
dan Agama
Kurikulum dini
digubal untuk menyediakan bakal ulama dan cendikiawan
Islam yang berkaliber
dan bertaraf dunia. Untuk itu kurikulum ini berhasrat
melahirkan agamawan
yang muthaqqaf ke arah mencapai keredhaan
Allah.
Kefahaman yang sahih
dari kurikulum ini dapat menjadi asas kukuh
mempertahankan
kesucian agama Islam dari ajaran sesat dan
menyeleweng supaya
masyarakat dapat menghindar diri dari kumpulan
songsang yang sering
muncul dalam masyarakat.
4.6. Kepentingan KBD Kepada Negara
Menyediakan Negara
Malaysia sebagai hub pendidikan agama Islam
bertaraf dunia.
5. KONSEP KURIKULUM BERSEPADU DINI
Kurikulum Bersepadu
Dini (KBD) adalah penggabungan Kurikulum Dini/ Azhari yang
telah diselaraskan
dengan Kurikulum Kebangsaan sedia ada dalam arus perdana.
Mata pelajaran KBD
menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
6. MATLAMAT
Menyediakan
murid-murid yang seimbang dan cemerlang melalui KBD berasaskan
naqli dan ‘aqli bagi
menyediakan bakal ulama dan agamawan muthaqqaf.
7. OBJEKTIF
Antara objektif utama
dalam pelaksanaan KBD adalah seperti berikut:
7.1. memantapkan
proses pengajaran dan pembelajaran KBD dan KBT di
sekolah;
7.2. menyediakan
kemudahan-kemudahan pendidikan kepada KBD dan KBT
dengan Kurikulum
Kebangsaan;
7.3. menyelaraskan
pengurusan KBD dan KBT antara KPM, LEPAI dan Pihak
Berkuasa Negeri,
7.4. membekalkan Guru
Dini dan Guru Tahfiz yang terlatih dan setaraf dengan
guru-guru KPM dari
segi perjawatan; dan
7.5. menggilap
potensi dan keupayaan pelajar melalui kurikulum yang dapat
menyediakan individu
yang seimbang dan berketrampilan dalam keduadua
bidang ilmu naqli dan
‘aqli.
8. STRUKTUR KURIKULUM BERSEPADU DINI
Pelaksanaan KBD
mengekalkan mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) dengan sedikit perubahan dari segi
peruntukan waktu
minimum seminggu dan penambahan mata pelajaran Dini
dalam kurikulum
kebangsaan. Bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV)
pelaksanaannya adalah
secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan
pihak sekolah. Tempoh
masa suatu waktu adalah empat puluh (40) minit.
8.1. Senarai Mata
Pelajaran Dini
a) Usul al-Din
Mata pelajaran ini
merangkumi bidang al-Tauhid, al-Tafsir, al-Hadis, al-
Sirah wa Tarikh
al-Islam, al-Akhlak wa al-Tasawwuf.
b) Al-Syariah
Mata pelajaran ini
merangkumi bidang al-Quran wa a-Hifz, Fiqh al-Ibadat,
Fiqh al-Munakahat,
Fiqh-al-Muamalat, Fiqh-al-Jinayat.
c) Al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asirah
Mata pelajaran ini
merangkumi bidang al-Istima` wa al-Kalam, al-Qiraah,
al-Kitabah,
al-Mutalaah wa al-Ta’bir, al-Nahu wa al-Sarf.
d) Manahij al-Ulum al- Islamiyah
Mata pelajaran ini
merangkumi bidang al-Mantiq, Usul al-Fiqh.
e) Al-Adab wa al-Balaghah
Mata pelajaran ini
merangkumi bidang al- Adab wa al-Nusus, al-
Balaghah.
8.2. Pakej mata
pelajaran bersama agihan waktu minimum seminggu mata
pelajaran seperti di
lampiran 1a dan 1b.
9. PELAKSANAAN KURIKULUM BERSEPADU DINI
9.1. Dasar Penetapan Sekolah
a) KBD hanya akan
dilaksanakan di SABK yang telah dipersetujui
oleh Pihak Berkuasa
Negeri.
b) Penetapan awal
bagi aliran KBD atau KBT mengikut operasi sedia
ada sejajar dengan
kurikulum semasa.
c) Sekolah boleh
melaksanakan sama ada salah satu aliran KBD atau
KBT, atau kedua-dua
sekali bergantung kepada perbincangan
bersama antara KPM
dan LPS.
d) Pertukaran,
pertambahan dan penutupan sebarang aliran adalah
berdasarkan
permohonan dan kelulusan oleh pihak KPM.
e) Sekolah mestilah
melaksanakan secara keseluruhan mata
pelajaran mengikut
pakej-pakej yang telah ditetapkan.
9.2. Bahasa Pengantar bagi Mata Pelajaran
Bahasa Pengantar bagi
Mata Pelajaran Dini dalam KBD ialah Bahasa
Arab manakala mata
pelajaran KBSM adalah dalam bahasa Melayu
atau bahasa Inggeris.
9.3. Struktur Organisasi
Struktur organisasi
pengurusan KBD terdiri daripada Guru Kanan Mata
Pelajaran (GKMP)
Pendidikan Islam, ketua-ketua panitia mata
pelajaran dan
guru-guru mata pelajaran. Carta organisasi pengurusan
KBD adalah seperti di
lampiran 2.
9.4. Jadual Waktu Persekolahan
Jadual waktu
persekolahan mesti memenuhi hak peruntukan waktu
minimum seminggu bagi
setiap mata pelajaran. Tempoh masa bagi
satu waktu ada empat
puluh (40) minit. Contoh jadual adalah seperti
lampiran 3a dan 3b.
9.5. Bantuan Geran Perkapita
Sekolah-sekolah yang
melaksanakan KBD berhak menerima Geran
Perkapita Mata
pelajaran mengikut kadar yang dicadangkan oleh KPM
dengan kelulusan
daripada Kementerian Kewangan.
9.6. Pentaksiran
Pentaksiran bagi KBD
dijalankan mengikut sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah
(PBS). PBS ini melibatkan empat elemen iaitu
Pentaksiran Sekolah
(PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) dan ujian psikometrik.
9.7. Pelaporan dan Pensijilan
Di peringkat menengah
rendah, murid-murid akan menerima pelaporan
berikut :
a) Pelaporan
pentaksiran sekolah
b) Pelaporan
pentaksiran pusat melalui PT3
c) Pelaporan
Pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum
d) Pelaporan
psikometrik
Di peringkat menengah
atas murid-murid akan menerima Sijil
Pelajaran Malaysia
(SPM) yang menunjukkan gred bagi setiap mata
pelajaran KBD yang
diduduki.
9.8. Guru
Keperluan guru untuk
pelaksanaan KBD adalah Guru Dini. Guru Dini
bertanggungjawab
menguruskan tiga mata pelajaran peringkat
menengah rendah iaitu
al-Syariah, Usul al- Din dan Al-Lughah al-
Arabiah al-Muasirah.
a) Bekalan guru Dini
adalah di bawah tanggungjawab KPM. Norma
guru adalah tertakluk
kepada kelulusan Agensi Pusat.
b) Dasar waktu
mengajar guru seminggu adalah 26 waktu.
c) Penetapan guru
adalah berdasarkan satu guru bagi satu mata
pelajaran.
d) Bagi pelaksanaan
tahun 2015 jika terdapat keadaan di mana Guru
Dini tidak dapat
dibekalkan sepenuhnya kepada sekolah maka
pihak sekolah perlu
menguruskan Guru Dini dengan norma sedia
ada. Guru-guru Dini
boleh terdiri daripada:
i. Guru Dini/ Azhari
LPS yang sedia ada di sekolah dengan
keizinan daripada
pihak LPS.
ii. Guru Pendidikan
Islam KPM sedia ada di sekolah yang
mempunyai kemahiran
dalam mata pelajaran Dini dan
berkemampuan dalam
mengendalikan PdP menggunakan
bahasa Arab.
iii. Guru Bahasa Arab
KPM sedia ada di sekolah yang mempunyai
kemahiran dalam mata
pelajaran Dini dan berkemampuan dalam
mengendalikan PdP
menggunakan bahasa Arab.
9.9. Buku Teks
Murid-murid KBD akan
dibekalkan buku teks oleh KPM berdasarkan
syarat-syarat Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT).
Di peringkat menengah
rendah murid-murid akan dibekalkan pakej
buku teks yang
merangkumi:
Bil Buku teks Buku aktiviti
1. Usul al-Din -
2. Al-Syariah -
3. Al-Lughah
al-Arabiah al-Muasirah Al-lughah al-Arabiah al-Muasirah
Di peringkat menengah
atas murid-murid akan dibekalkan pakej buku teks
yang merangkumi:
Bil Buku teks Buku aktiviti
1. Usul al-Din -
2. Al-Syariah -
3. Al-Lughah
al-Arabiah al-Muasirah -
Murid-murid yang
mengikuti aliran Dini Tulen akan menerima dua tambahan
buku teks seperti
berikut:
Bil. Buku teks Buku aktiviti
1. Manahij al-Ulum
al-Islamiyah -
2. Al-Adab wa
al-Balaghah –
9.10. Pengambilan Murid
Pengambilan murid
bagi sekolah-sekolah yang melaksanakan KBD
adalah berdasarkan
prosedur pengambilan murid yang ditetapkan oleh
pihak LPS.
9.11. Kokurikulum
Aktiviti Kokurikulum
dilaksanakan mengikut dasar pelaksanaan
kokurikulum sedia ada
KPM. Dua persatuan akademik baharu
diwujudkan iaitu
Persatuan Usul al-Din dan Persatuan al-Syariah
sebagai menggantikan
Persatuan Pendidikan Islam di samping
meneruskan Persatuan
Bahasa Arab.
9.12. Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran
Pelaksanaan KKQ
diteruskan di SABK yang melaksanakan KBD
mengikut dasar
pelaksanaan sedia ada.
10.PENUTUP
Kejayaan pelaksanaan KBD amat
bergantung kepada pihak pelaksana di
sekolah. Komitmen
yang tinggi dan usaha gigih ke arah menjayakan kurikulum
baru di bawah
kerangka meningkatkan kualiti pendidikan Islam amat ditagih dari
semua pihak.
No comments:
Post a Comment