Friday, April 8, 2022

Kursus Nadwah Kepimpinan Islam

Tarikh: 2 April 2022
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Google Meet

Anjuran: Unit HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling
Penyelaras: Pn Jamilah binti Yahaya
Penceramah: En Haziq Azree bin Yazid, Kaunselor SMK Dato Hj Abdul Samad, PD

Badan kepimpinan sekolah perlu dilatih secara konsisten untuk melahirkan suasana sekolah yang harmoni dan positif. Pelajar memerlukan didikan dan bimbingan guru secara berterusan agar tidak lupa dan kekal bersemangat dalam menjalankan amanah yang diberi.

Dengan adanya dana pelbagai aktiviti kepimpinan boleh membantu meningkatkan motivasi pelajar untuk memantapkan sahsiah serta berusaha meningkatkan disiplin diri.

Pada akhir aktiviti pelajar dapat;
 
1.   Beroleh maklumat dan pengetahuan mengenai tugas pemimpin pelajar
2.   Berusaha menjadi model pemimpin terbaik yang boleh dicontohi oleh rakan
3.   80 peratus pemimpin pelajar mempamerkan ciri-ciri pemimpin terpuji (modul sumur)


SASARAN

Semua Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua Kelas

 





No comments:

Post a Comment