Thursday, December 9, 2021

Program Santai Minda Siri 1 SPM 2021

Tarikh: 9 Disember 2021
Masa: 2.00 petang
Tempat: Kantin SMA Chuah

Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Pengetua: Pn Maimun binti Bahari
Penyelaras: Pn Jamilah binti Yahaya
Sasaran: Semua murid Tingkatan 5

PENGENALAN 

Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMA Chuah merancang untuk mengadakan Program Santai Minda sebagai satu aktiviti untuk mengeratkan hubungan dan meredakan tekanan dalam kalangan murid dan guru tingkatan 5. Berdasarkan soal selidik keberkesanan program pada tahun lepas, semua murid berasa gembira dan berasa dihargai melalui penganjuran Program Santai Minda ini. Oleh sebab itu, Program Santai Minda ini wajar dilaksanakan sekali lagi  pada tahun ini untuk murid SPM Tahun 2021.

 

Objektif:

Pada akhir aktiviti;

1.1. Murid berasa disayangi dan dihargai

1.2. Murid beroleh kesedaran bahawa guru-guru sentiasa ada bersama untuk membantu dan membimbing mereka

1.3. Murid beroleh kelegaan emosi dan fikiran seterusnya dapat lebih fokus menghadapi SPM




















No comments:

Post a Comment