SASARAN: SEMUA PELAJAR
TARIKH: SETIAP HARI, PADA WAKTU PAGI
MASA: 5 MINIT SAHAJA SEBELUM MEMULAKAN PDPC
PERSONALIA: GURU MATAPELAJARAN MASA PERTAMA
|
BULAN
OGOS |
|
BIL |
TARIKH |
TEMA :
HARGAI KEAMANAN DAN KEMAKMURAN NEGARA Keamanan
dan kemakmuran negara hari ini adalah hasil perjuangan tokoh terdahulu. Maka
hargainya, pastikan ilmu penuh didada agar kelak menjadi pemimpin berwibawa
yang tidak kekok mempertahankan agama, bangsa dan negara. |
1 |
5 OGOS RABU |
HAJI
MAT HASSAN PANGLIMA MAT MUNAS ATAU TOK JANGGUT HARGAI
PENGORBANAN ULAMA TERUSKAN PERJUANGAN Di Kelantan, Haji Mat Hassan
Panglima Mat Munas atau Tok Janggut kerana janggutnya sampai paras dada
adalah ulama memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu susulan campur tangan
British di Kelantan menerusi Perjanjian Bangkok pada 1909. Kemuncak penentangan bermula
apabila masyarakat tempatan tidak berpuas hati dengan dasar British yang
mengenakan cukai selain terkesan dengan jihad untuk mengembalikan khilafah
Uthmaniyah di bawah pengaruh British di Turki. Dikatakan pada 24 Mei 1915, Tok
Janggut bersama kira-kira 1,000 pengikut menyerang kedudukan British di Pasir
Puteh, namun beliau terkorban bersama Tok Abas dan Tok Hussein serta beberapa
pengikut. Jenazahnya dibawa ke Kota Bharu
dan digantung beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka) oleh British
sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. https://ms.wikipedia.org/wiki/Haji_Hassan_bin_Panglima_Mat_Munas |
2 |
6 OGOS
KHAMIS |
MUHAMMAD
YUSUF BIN AHMAD ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI TOK KENALI Tokoh ulama Kelantan tersohor
lain ialah Tok Kenali atau Haji Muhammad Yusof Ahmad juga terbabit secara
tidak langsung dalam membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Beliau lahir daripada keluarga
petani di Kampung Kubang Krian, antara 1868-1870 Masihi. Walaupun tidak
mengangkat senjata menentang penjajah British, beliau sebagai Tok Guru
berjaya meniup semangat jihad dan perjuangan demi mempertahankan agama dan
bangsa. Ia disebarkan menerusi
penulisan dalam Majalah Pengasuh dan Majalah al-Hikmah selain berjaya
mendidik ramai tokoh ulama dan ilmuan Islam yang bertebaran di seluruh tanah
air. http://pengajian-malaysia-2014.blogspot.com/p/tok-kenali.html |
3 |
7 OGOS
JUMAAT |
TUAN
GURU HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG Di Terengganu pula, Tuan Guru
Haji Abdul Rahman Limbong adalah tokoh ulama tersohor yang terbabit secara
langsung dalam gerakan menentang penjajahan British apabila Penasihat British
di Terengganu mengenakan pelbagai cukai menindas rakyat. Tindakan British menimbulkan
perasaan tidak puas hati masyarakat dan seterusnya mencetuskan kebangkitan
menentang British pada 1919. Akibatnya, Abdul Rahman dibuang negeri ke Makkah
dan meninggal dunia di Tanah Suci. https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdur_Rahman_bin_Abdul_Hamid |
4 |
10
OGOS ISNIN |
TOK GURU HAJI ABAS ATAU NAMA
SEBENARNYA HAJI ABAS MUHAMMAD http://tikimambang.blogspot.com/2016/06/tok-guru-haji-abas-guru-agama-dan_27.html Tok Guru Haji Abas atau nama
sebenarnya Haji Abas Muhammad juga alim dalam ilmu agama, memainkan peranan
besar dalam pendidikan Islam di Terengganu. Beliau turut bertanggungjawab
menyebarluaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jemaah di masjid dan pondok-pondok
selain membahaskan persoalan cabang yang cuba ditimbulkan oleh golongan muda. Walaupun tidak terbabit
mengangkat senjata, peranannya dalam melindungi pejuang yang hendak di buang
negeri ke Burma oleh British selain menentang kemasukan imigran Cina adalah
sumbangan besar dalam mempertahankan tanah air daripada diceroboh musuh dan
diperkotak-katikkan oleh Barat. |
5 |
11
OGOS SELASA |
TOK KU PALOH ATAU SAYID ABDUL
RAHMAN MUHAMMAD AL-IDRUS https://ms.wikipedia.org/wiki/Saiyid_Abdur_Rahman_bin_Saiyid_Muhammad_al-Aidrus Nama Tok Ku Paloh atau Sayid
Abdul Rahman Muhammad al-Idrus juga tidak asing dalam sejarah penentangan
British di Tanah Melayu. Beliau mendapat pendidikan agama daripada ayahnya,
Tok Ku Tuan Besar dan melanjutkan pelajaran di Makkah. Beliau mendirikan
pondok di Kampung Paloh yang menarik ramai pelajar dari kawasan sekitar,
Pahang dan Kelantan. Pembabitan Tok Ku Paloh dalam meniup semangat jihad dan
perjuangan dapat dilihat dalam Pemberontakan Pahang. Ketika itu, orang Melayu di
bawah pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur dan hampir
menyerah diri setelah menghadapi serangan British. Di samping itu, Tok Ku
Paloh memberi bantuan seramai 200 orang dari Terengganu dan Kelantan untuk
menggempur kedudukan British hingga berjaya menawan kubu British di Jeram
Ampai, Pahang. Beliau dikatakan mempunyai
karamah terutama apabila rundingan dengan British di atas kapal terpaksa
ditangguhkan kerana kapal itu senget setiap kali To ku Paloh menyengetkan
serbannya. Dikatakan juga, British berundur dalam suatu pertempuran di
Terengganu selepas melihat ribuan pahlawan lengkap bersenjata bersedia
menyerang kapal mereka. Tok Ku Paloh meninggal pada usia 100 tahun, namun
jasa dan perjuangannya tetap dikenang hingga kini |
6 |
12
OGOS RABU |
KIYAI HAJI
SALLEH ATAU HAJI MOHD SALLEH ABDUL KARIM https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Salleh_bin_Abdul_Karim Di Batu Pahat, Johor, nama
Kiyai Haji Salleh atau Haji Mohd Salleh Abdul Karim sangat terkenal.
Dilahirkan di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar, Johor pada 1916, beliau
pencetus kepada perjuangan orang Melayu menentang kekejaman Komunis atau
Bintang Tiga. Berikutan kekalahan Jepun kepada British, Malayan People
Anti-Japanese Army (MPAJA) mengambil kesempatan untuk memerintah dan
bertindak kejam membunuh mereka yang dianggap berkerjasama dengan Jepun. Kemuncak penentangan terhadap
pengganas komunis ialah apabila pengikut Bintang Tiga mula menggangu aktiviti
solat jemaah dan kesucian surau dicemari dengan penyembelihan babi selain
pembunuhan ke atas ramai orang Melayu. Dengan berbekalkan senjata parang
panjang di bawah pimpinan Panglima Salleh, penduduk setempat telah menyerang
kubu Bintang Tiga di sekitar Muar dan Batu Pahat. Implikasinya, Bintang Tiga mula
membuka mata dan tidak lagi meremehkan kekuatan spritual orang Melayu yang
sanggup bermati-matian mempertahankan agama dan bangsa walaupun tanpa
kelengkapan senjata canggih. Bermula dari detik itu juga, kekejaman terhadap
orang Melayu mula berkurangan terutama setelah Kiyai Haji Salleh
mengisytiharkan perdamaian dengan Bintang Tiga. |
7 |
13
OGOS KHAMIS |
MAT KILAU atau
MAT KILAU BIN IMAM
RASU https://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Kilau Mat Kilau
mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Atas
dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau,
Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu memulakan
pemberontakkan ke atas pihak British. Namun begitu, pihak pemberontak tidak
mendapat sokongan Sultan terhadap pergerakkan penentangan British pada masa
itu. Sultan yang pada masa itu hanya mementingkan darjat dan talian
persahabatan dengan pihak British sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya
sendiri bagi mematahkan pemberontakkan di Semantan. |
8 |
14
OGOS JUMAAT |
DATU PADUKA
MOHAMMAD SALLEH BIN DATU BALU atau MAT SALLEH https://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Salleh |
9 |
17
OGOS ISNIN |
DATO' ABDUL SAID BIN
OMAR ATAU DOL SAID https://ms.wikipedia.org/wiki/Dol_Said Beliau telah
menentang pentadbiran British pada tahun 1831−1832. Penentang beliau adalah
kerana: Mempertahankan kemerdekaan Naning, Menentang bayaran cukai, Menentang
pelaksanaan undang-undang British. |
10 |
18
OGOS SELASA |
RENTAP ATAU Libau anak Ningkan, juga dikenali sebagai
Libau Rentap https://ms.wikipedia.org/wiki/Rentap Rentap merupakan
pejuang sejati kerana beliau tidak pernah tunduk kepada pemerintahan Brooke
sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah
dibaik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi
mengenang jasanya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1863. |
11 |
19
OGOS RABU |
DATO’ MAHARAJALELA http://penatokoh.blogspot.com/2014/02/dato-maharajalela.html Semuanya bermula rentetan mesyuarat yang
diadakan bersama-sama dengan orang-orang bangsawan anti-British dan
pengikutnya di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875, iaitu 6 bulan setelah
sistem Residen diperkenalkan di Perak. Dalam perjuangan ini beliau mendapat
restu daripada Raja Abdullah dan Raja Ismail serta mendapat sokongan daripada
penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. |
12 |
25
OGOS SELASA |
DATO' BAHAMAN / ABDUL RAHMAN BIN TUANKU
IMAM NUH http://penatokoh.blogspot.com/2014/02/dato-bahaman.html Dengan kehebatan dan kelicikan Dato'
Bahaman, beliau berjaya membebaskan pengikutnya yang ditahan walaupun dikawal
rapi oleh pihak British sehingga menimbulkan rasa takut kepada pihak British
untuk menggunakan tenteranya sendiri bagi menyerang Dato' Bahaman dan
pengikutnya kerana bimbang kehilangan anggota mereka. British kemudian
bekerjasama dengan Tengku Mahmud yang mengetui 200 askar Melayu. Ini
disebabkan askar Melayu tidak mahu bekerjasama dengan askar Sikh. Namun
British tetap menghantar sepasukan 60 orang tentera Sikh yang diketui oleh
Kapten Summer dan Hugh Clifford dan usaha itu tetap mengalami kegagalan. |
13 |
26
OGOS RABU |
TOK GAJAH / Rasul Abdul Salam bin Shahrom Antara peranan Tok Gajah ialah memberikan
idea untuk menentang British secara besar- besaran. Sebelum melakukan
penentangan ini, Tok Gajah mengadakan satu pertempuran dan dalam pertempuran
itu, semua pembesar lain bersumpah menyatakan taat setia kepada Sultan Ahmad. https://penselpatahtunteja.blogspot.com/2016/11/tok-gajah-pahlawan-terbilang-di-negeri.html |
14 |
27 DAN
28 OGOS KHAMIS
DAN JUMAAT |
LEFTENAN ADNAN / ADNAN SAIDI https://ms.wikipedia.org/wiki/Adnan_bin_Saidi Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit
Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata
automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun.
Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan
menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh.
Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera
parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang
sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat
juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. |
No comments:
Post a Comment