Hari: Khamis
Tempat: Dewan SMRAC
Anjuran: Unit Kurikulum
GPK 1: Pn Khamisah Asura Bt Abd Rahman
SU Peperiksaan: Pn Suhaidah Bt Hasnan
Penolong SU: En Mohd Azzly Bin Hj Ismail
Kelolaan: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Penyelaras: Pn Jamilah Bt Yahaya
Menurut Gardner setiap insan mempunyai bukan satu tetapi sembilan kecerdasan yang berbeza.
1. Kecerdasan Verbal Linguistik. Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk – keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna. Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.
2. Kecerdasan Logik Matematik. Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik).Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, perkaitan sebab dan akibat (logik), dan pengiraan.
3. Kecerdasan Visual Ruang Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, dan peta minda.
4. Kecerdasan Kinestatik. Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan. Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.
5. Kecerdasan Muzik. Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik. Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.
6. Kecerdasan Interpersonal. Kemampuan untuk mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Contoh aktiviti: komunikasi antara individu, latihan empati, latihan kolaboratif, memberi maklum balas, strategi pembelajaran kooperatif dan sedia bekerjasama
7. Kecerdasan Intrapersonal. Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati dir Contoh aktiviti: Strategi pemikiran, disiplin diri dan amalan pemusatan.
8. Kecerdasan Naturalis. Prihatin dan berminat kepada alam sekitar (flora dan fauna). Peka terhadap perubahan sekeliling. Mempunyai kebolehan menentukan ikan di laut (nelayan), pergerakan burung, binatang dan lain-lain.
9. Kecerdasan Eksistensial. Memiliki ciri-ciri tertentu. Cenderung bersikap untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Individu yang mempunyai kecerdasan ini cenderung untuk menelaah sesuatu dengan lebih mendalam.
12. Bagaimanakah teori ini dapat membantu guru di dalam proses P&P di bilik darjah? Guru berupaya membangunkan bidang akademik dan kokurikulum. Membolehkan guru merancang proses dan strategi P&P secara berkesan dan baik. Seorang guru boleh menjadikan teori ini sebagai panduan untuk mereka merancang teknik, kaedah dan strategi P&P sesuai mengikut jenis kecerdasan yang terdapat pada pelajar. Guru boleh mempelbagaikan cara pengajarannya. Membolehkan guru mempelbagaikan cara penilaiannya terhadap pelajar-pelajarnya. Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran
13. RUMUSAN Setiap individu mempunyai kecerdasan yang berlainan. Setiap guru harus peka terhadap kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajar. Apabila kecerdasan diterokai secara tidak langsung akan membantu memotivasikan pelajar untuk terus belajar.
No comments:
Post a Comment