Thursday, April 18, 2019

Program Pemantapan Sahsiah Jauhi Zina, Jauhi LGBT dan Jauhi Pornografi

Tarikh: 17 April 2019
Hari: Rabu
Masa: 8.00 pagi- 12.30 t/hari
Tempat: dewan SMR Agama Chuah

Anjuran: Unit HEM dan Masjid Kariah Kampung Chuah
GPK HEM: Ustazah Norizan Bt Mohamed Kalam
Kelolaan Bersama: Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit PPPDa dan Unit KBD
Penyelaras: Pn Jamilah Bt Yahaya

Penceramah: Raudhatus Sakinah 
1. Siti Nasuha Bt Hussin
2. Muhammad Akhimullah Bin Masri
3. Noratiqah Bt Abu Bakar
4. Balqis Bt Mohd Shah

Dewasa ini seringkali kita dikejutkan dengan berita pelajar terlibat dengan seks luar nikah dan mengandung anak luar nikah. Malah ada yang terlibat dengan benda lucah seawal umur 8 tahun. Gejala seks luar nikah pada masa kini semakin meruncing dan sekolah sebagai tempat menimba ilmu wajib menyediakan program-program pencegahan agar anak-anak ini memehami kesan terlibat dengan seks luar nikah dan kembali mengamalkan ajaran islam yang sebenar. 

Matlamat utama program ini ialah meningkatkan motivasi murid menjauhi zina dengan memberi penegasan kesan-kesan akibat zina, Pornografi dan LGBT.

OBJEKTIF:
Diakhir program ini murid dapat:
1 Memperoleh maklumat kesan-kesan psikologi, fizikal dan ke atas kesihatan dan psikologi jika terlibat dengan seks luar nikah, Pornografi dan LGBT
2 Meningkatkan keyakinan murid bahawa mendekatkan diri dengan agama mampu membantu mereka menjauhi zina, Pornografi dan LGBT
3 Berusaha menjaga maruah diri,  menjauhi zina, Pornografi dan LGBT






















No comments:

Post a Comment