Hari: Selasa
Tempat: Gemencheh
Masa: 8.00 -3.00 petang
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling
Guru Penyelaras: Pn Jamilah Bt Yahaya
Guru Pengiring:
1. Ustazah Nor Ashiqin Bt Mohd Zawawi
2. Ustazah Norkhadijah Bt Sahak
Pegawai Kolej Komuniti:
1. Pn Samihah
2. En Mohd Zamri
PENGENALAN
Pada bulan julai yang lalu semua guru kaunseling dan pengetua daerah Port Dickson telah dijemput untuk satu Program Jalinan Hubungan Bersama Kolej Komuniti Tampin. Tujuannya ialah untuk:
i. Mempromosikan Kolej Komunit Sebagai Sebuah Institusi Pendidikan Pilihan terutama untuk murid B40
ii. Memperkenalkan kursus serta aktiviti Kolej Komunit yang boleh disertai oleh semua peringkat umur
iii. Menggalakkan kerjasama antara sekolah dan Kolej Komuniti untuk aktiviti murid
Hasil lawatan guru mendapati, terdapat banyak kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Tampin untuk orang awam dan juga pelajar. Contohnya seperti Kursus Pembuatan coklat, Kursus Menggunting Rambut, Kursus Urutan Asas dan Spa, Kursus Mewarna Gelas, Kursus Mekap dan banyak lagi. Kursus ini boleh dilaksanakan pada waktu hujung minggu atau selepas murid tamat peperiksaan sebagai satu aktiviti tambahan. Oleh yang demikian, Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah ingin merebut peluang tersebut dengan membawa pelajar ke Kolej Komuniti Tampin untuk mempelajari kemahiran tambahan.
RASIONAL
Pelajar berpeluang belajar kemahiran tambahan dengan kos minima.
OBJEKTIF
Diakhir program ini murid dapat:
1. Mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti serta bidang kerjaya yang boleh diceburi
2. Mendapat kemahiran tambahan dengan kos yang minima
3. Mengetahui potensi diri serta menambah keyakinan diri
4. Bermotivasi untuk berusaha mempelajari kemahiran yang diminati
No comments:
Post a Comment