Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: SMR Agama Chuah
Anjuran: SMR Agama Chuah dengan kerjasama Homestay Kampung Pachitan
Kelolaan: Unit HEM dibawah Program RIMUP (Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan)
Penyelaras Program: Pn Jamilah Bt Yahaya
Penyelaras Homestay Kampung Pachitan: En Mohd Hafahmi Bin Hanif
Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson: Ustaz Fazli Azhar Bin Yunus (Penyelia JQaf)
AJK PIBG:
1. Pn Sarimah Bt Samsudin
2. En Norshamsul Azmi Bin Mohd Nor
Tetamu:
1. Pelajar dan Guru Tondabayashi Junior High School, Jepun
2. Pelajar dan Guru Kanto Gakuin Mutsura Junior High School, Jepun
3. Mr Ryo (Pengurus Lawatan)
Turut Serta: Wakil Pegawai Balai Polis Chuah
Pengenalan:
Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah sering bekerjasama dengan Homestay Kampung Pachitan bagi melaksanakan program pertukaran budaya dengan Negara Jepun. Sekumpulan guru dan pelajar dari Jepun akan mengunjungi Homestay Kampung Pachitan setiap tahun. Mereka ingin belajar mengenai budaya masyarakat Malaysia terutama adat dan budaya Melayu beragama Islam.
Kebiasaannya aktiviti lawatan ke Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah akan diletakkan dalam jadual aktiviti murid dan guru dari Jepun. Homestay Kampung Pachitan akan bekerjasama untuk menganjurkan aktiviti pelajar di sini. Lawatan dari Jepun seharusnya menjadi satu peluang buat murid Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah untuk menonjolkan budaya dan agama Islam kepada masyarakat antarabangsa, seterusnya menarik minat mereka untuk mengenali Islam sebagai satu cara hidup.
Lawatan ini juga menjadi medium untuk menunjukkan bahawa masyarakat muslim mampu membina hubungan baik dengan kaum lain yang berbilang agama dan bangsa bahkan mampu duduk secara harmoni di dalam sebuah negara bernama Malaysia. Diharapkan lawatan ini dapat mengharumkan nama sekolah seterusnya memberikan nama baik untuk pendidikan Malaysia di mata
masyarakat antarabangsa khususnya di Jepun.
Impak Aktiviti:
i. MURID MEMPEROLEHI KEMAHIRAN INSANIAH
Murid SMR Agama Chuah menonjol sebagai pengacara majlis, membuat persembahan, membacakan doa, memberi penerangan dan membantu murid jepun. Amalan melatih murid kehadapan supaya berani telah lama dipraktikkan di SMR Agama Chuah. Secara tidak langsung murid mendapat kemahiran insaniah seperti bercakap dengan sopan, kepimpinan melalui teladan, menghormati tetamu dan kerja berpasukan.
ii. BUDAYA KERJA BERPASUKAN YANG SANGAT ERAT
Berdasarkan permerhatian, semua murid mendapat manfaat daripada program pertukaran budaya yang berlangsung. Murid berasa teruja menyambut kehadiran pelajar dari Jepun. Murid juga tidak sabar mempamerkan persembahan nashid, kompang yang menarik untuk tontonan murid Jepun. Semua murid mempamerkan kerjasama yang sangat erat supaya program yang dirancang berjalan dengan lancar.
iii. MEMPRAKTIKKAN AMALAN BERBAHASA INGGERIS
Murid secara tidak langsung mempratikkan amalan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Meskipun tatabahasa yang digunakan tidak sebaik yang diharapkan, murid tiada pilihan lain untuk berkomunikasi selain menggunakan Bahasa Inggeris. Secara tidak langsung murid sedar tentang kepentingan menguasai Bahasa Inggeris dan berusaha untuk memperbaiki kemahiran Bahasa Inggeris masing-masing.
iv. MEMPAMERKAN CARA HIDUP ISLAM.
Murid dengan bantuan dan tunjuk ajar guru, berjaya mempamerkan cara hidup Islam terutama amalan membaca doa sebelum memulakan majlis dan sebelum makan. Murid jepun secara tidak langsung turut menghormati amalan ini dan sama-sama menadah tangan sebagai simbolik menghormati amalan gaya hidup Islam. Ahli jawatankuasa juga turut memberitahu guru-guru Jepun tentang amalan solat sehari semalam yang menjadi kewajiban masyarakat muslim.
v. MEMPERKENALKAN BUDAYA DAN KESENIAN, MAKANAN DAN BUAH-BUAHAN MALAYSIA
Program Pertukaran Budaya ini menjadi medium kepada murid dan guru untuk memperkenalkan budaya dan kesenian Islam. Selain itu, murid jepun juga kini mengetahui bahawa Islam membenarkan hiburan yang bermanfaat seperti nasyid. Seni kaligrafi Khat turut menjadi tumpuan utama murid jepun yang berpeluang menulis nama mereka sendiri di dalam tulisan jawi. Persembahan kompang umpamanya merupakan budaya dan adat masyarakat melayu untuk menyambut tetamu. Adat melayu yang makan menggunakan tangan turut dipraktikkan oleh murid jepun sebelum mereka mengalah menggunakan sudu. Mereka turut merasa aneka buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan dan mata kucing. Hidangan tempe goreng dan nasi impit juga menjadi menu utama makanan murid jepun. Kebanyakkan mereka tidak kekok untuk makan makanan tempatan.
Itenarary
10.00 a.m Welcoming Ceremony
-Kompang Performance
-Prayer Recitation
-Speech by SMR Agama Chuah Head Of Student
-Speech by Representative ofJapanese Student
-Speech by SMR Agama Chuah Principal
-Speech by Representative of Japanese Teacher
10.30 a.m Malaysian School Performance
Nasyid Performance By “Soutul Warda”
10.45 a.m Japan School Perfomance
11.00 a.m Islamic Calligraphy “Khat”
-Briefing
-Demo
11.20 a.m Japanese Calligraphy
-Briefing
-Demo
11.45 a.m Souvenir Exchange
Photography Session
12.00 p.m Lunch with teachers of SMR Agama Chuah
Pelajar berpeluang menonjolkan budaya serta cara hidup muslim di Malaysia sambil mengenali budaya masyarakat Jepun.
OBJEKTIF
Diakhir program ini murid dapat:
1. Memperkenalkan adat, budaya dan cara hidup Islam kepada pelajar Jepun.
2. Mempraktikan kemahiran komunikasi silang budaya dengan pelajar Jepun menggunakan bahasa Inggeris.
3. Mendapat maklumat tentang adat, budaya dan agama masyarakat Jepun.
No comments:
Post a Comment