Hari: Jumaat dan Sabtu
Masa:
1. 2.30 - 5.00 petang
2. 8.30 pagi - 5.00 petang
Kursus Peningkatan Kompetensi Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusta Sumber dan Ketua Kelas merupakan wadah membentuk dan melahirkan pemimpin yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Kursus ini diadakan secara peringkat dalaman dengan memberikan penekanan khusus terhadap tugas semasa majlis perhimpuan rasmi sekolah pada setiap hari Isnin di samping menjalankan tugas-tugas harian.
Ketrampilan pengawas, pembimbing rakan sebaya, pengawas pusat sumber dan ketua tingkatan mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan pelajar SMR Agama Chuah yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus selama 2 hari ini memberi impak dalam usaha membantu pemimpin murid menjalankan tugas sebagai pemimpin, model dan contoh yang baik kepada murid-murid lain.
OBJEKTIF
Diakhir program ini murid dapat:
1 Bermotivasi dan yakin untuk menjalankan tugas
2 Tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai Pengawas, PRS, Pengawas PSS dan Ketua Kelas.
3 Memperoleh kemahiran mengurus konflik hasil komunikasi berkesan dan perpaduan yang erat dalam kalangan pemimpin.
4 Meningkatkan disiplin diri
SASARAN
Semua Pengawas seramai 16 orang, Pembimbing Rakan Sebaya seramai 10 orang, Pengawas Pusat Sumber seramai 11 orang dan Ketua Kelas seramai 6 orang. (43 orang)
AJK PELAKSANA
Penaung : Pn Siti Hajar Bt Mohd Ali (Pengetua)
Pengerusi : Pn Norizan Bt Mohd Kalam (GPK HEM)
Timbalan Pengerusi: Pn Zuraidah Bt Sethu Ghani (GPK KOKO)
Penyelaras : Puan Jamilah Bt Yahaya (Guru Kaunseling)
Setiausaha : Cik Sofiyyah Bt Mohd Suhaimin
AJK : En Mohd Hamiddudin bin Ismail
( Guru Disiplin)
Pn Norsafinas Bt Abu Sirin
(Guru Pengawas Pusat Sumber)
Ustaz Muhammad Rijaluddin Bin Abd Manaf
Ustaz Muhammad Fazli bin Hassan
Ustaz Muhammad Hanis bin Nasruddin
JJEMPUTAN : Ustaz Muhammad Abu Sufyan Bin Mohd Mokhtar Rozaidi (PU ABU)
JUMAAT 2 MAC 2018
Masa
|
Aktiviti/Modul
|
Objektif
|
Personalia
|
3.00
|
Pembahagian Kumpulan
dan Papan Ganjaran
|
Pada akhir aktiviti murid mendapat kefahaman
tentang objektif utama kursus
|
Pn Jamilah
|
3.15 petang
|
Pecah Bedungan
1.
“human
knot”
2.
“Apa
yang penting? Kerjasama!”
|
Pada akhir aktiviti murid memahami kepentingan
kerja berpasukan ialah untuk mencapai matlamat organisasi atau kumpulan.
|
Pn Jamilah
|
3.40 petang
|
1. Maksud Kepimpinan.
2. “Saya Pemimpin Berkarisma”
|
Pada akhir akviti murid mendapat maklumat
tentang contoh terbaik kepimpinan
|
Pn Jamilah
Pn Norsafinas
|
4.00
petang
|
Komunikasi
“Saya faham, awak faham”
|
Pada akhir aktiviti murid dapat
menyenaraikan 3 kepentingan komunikasi berkesan.
|
Pn Jamilah
|
4.30 petang
|
Refleksi Murid
Refleksi Guru
|
Pada akhir aktiviti murid dapat memberi
refleksi program
|
Pn Jamilah
|
SABTU 3 MAC 2018
Masa
|
Aktiviti/Modul
|
Objektif
|
Personalia
|
8.30-8.45
|
Senaman Shi Hua Hua
|
Pada akhir aktiviti murid gembira dan
bersedia untuk mengikuti program hari kedua
|
Pn Jamilah
|
8.45
|
“Jangan Lupa Lirik”
|
Pada akhir aktiviti murid dapat menyanyikan
lagu Negaraku, Lagu Negeri Sembilan, Lagu Aku Negaraku dan Asma’ul Husna
dengan penuh bersemangat meskipun tanpa iringan muzik.
|
En Muhammad Hamiddudin
|
10.00 pagi
|
Rehat
|
Minum Pagi
|
|
10.30
|
Bacaan Doa Perhimpunan
|
Pada akhir aktiviti murid dapat membacakan doa
perhimpunan dengan betul dan penuh khusyuk
|
Ustaz Rijal
Ustaz Fazli
Ustaz Hanis
|
1.00
|
Rehat
|
Makan tengah hari dan Solat zuhur berjemaah
|
|
2.00 petang
|
Pengucapan Awam
|
Pada akhir aktiviti semua murid bermotivasi
untuk berucap dihadapan orang ramai
|
En Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar
|
4.00 petang
|
Rehearsal Perhimpunan Rasmi Sekolah
|
Pada akhir aktiviti murid dapat mengurus
perhimpunan rasmi mingguan dengan baik tanpa bantuan guru
|
Ustazah Sofiyyah
|
4.45 petang
|
Refleksi Guru
Refleksi Murid
|
Pada akhir akviti murid dapat memberikan
refleksi program
|
Semua guru
|
5.00 petang
|
Penutup
|
Bersurai
(Penyampaian Hadiah di Perhimpunan)
|
No comments:
Post a Comment