Hari: Rabu
Masa 2.00 petang
Anjuran: Unit Hal Ehwal Murid
Penyelaras: Pn Jamilah Bt Yahaya
AJK : Semua guru merupakan ahli ajk guru penyayang.
Objektif Amalan Guru Penyayang
1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Objektif Program Mentor Mentee
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;
1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee.
2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka
No comments:
Post a Comment